Allah swt berfirman yang bermaksud:
” Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar” (Al Ankabut: ayat 45)
Dan ayat lain Allah swt berfirman yang bermaksud :
“kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat (pula) kepada mu dan bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku” ( Al Baqarah: ayat 152)
Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya” (Al Anbiya’: ayat 20)
Di bulan ramadan ini, yang penuh dengan keberkatan, semoga ibadah dan doa kita semua diterima dan dimakbulkan Allah.
Ameen..