Setiap kali bila saya ke supermarket, beli barang2 keperluan dapur, ada beberapa perkara yang mesti saya pastikan sebelum saya membeli barang2 ni supaya barang yang dibeli dalam kondisi yang baik bagi mengelakkan pembaziran. Pertama tiap2 barang yang hendak di beli, saya akan melihat tarikh luput dan tarikh di kilangkan. Kalau barang2 tin, pastikan tidak ada sebarang kemek dan karat. Baru ni beli sebotol nescafe, bila dibuka didapati lapisan kertas yang menutup botol ni telah terkoyak seperti ditebuk oleh jari yang tidak bertanggung jawab. Pengajaran untuk saya, kena buka botol2 ni sebelum membeli.
Sebelum ni pernah berlaku, cecair pencuci kain. Ada pelanggan supermarket kadang2 buka botol2 ni, nak hidu wangian pada pencuci kain tu tapi rasanya terlupa nak tutup balik, saya beli dan tak periksa pulak penutup botol tu. Bila saya tiba kerumah, buka boot kereta, pencuci kain melimpah didalam boot kereta dan kesannya banyak barang yang dibeli ketika itu terpaksa dibuang sebab bahan kimia yang terdapat dalam pencuci kain telah meresap masuk kedalam barang makanan walaupun barang2 ini dibungkus dalam plastik berasingan. Lama jugak tak boleh letak barang2 makan seperti sayur, ikan, roti, buah2an kedalam boot kereta. Kesan kimia sangat kuat dan kekal lama menyebabkan makanan bertukar rasa dan bau. Sejak dari itu, bila saya beli pencuci kain, saya pastikan botol2 ni di tutup rapat.

Ada seperkara yang penting perlu dilakukan bila kita beli barang2 makanan dan minunan tin. Sebelum kita masukkan minuman tin kedalam peti sejuk, kita kena membasuhnya dahulu sebab dibimbangi barang2 ni terdedah dan dicemari kencing tikus atau penyakit2 lain. Pastikan juga makanan tin seperti sardin, mushroom, susu pekat dll dicuci dahulu sebelum dibuka. Kesan terdedah kepada kencing tikus memudharatkan kesihatan dan nyawa kita. (barang2 ni biasanya di simpan di gudang2 sebelum diedar untuk dijual boleh dicemari oleh tikus ).

Advertisements

2 thoughts on “Ketika di supermarket….

  1. Sy selalu terkena pd buah2an yg sudah d bungkus. Kdg tilik punya tilik sebelum ambil tapi balik rumah…masuk tong sampah!

  2. Thanks for this entry…its a reminder. The simplest things we take for granted kan. Penah terkena jugak beli ironing starch, bila balik penyembur takde. Skrang ni mmg cek setiap kali beli!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s