Masakan Melayu banyak menggunakan lengkuas, selain memberi rasa yang unik, lengkuas juga mengharumkan masakan. Seperti juga halia dan kunyit, lengkuas mempunyai khasiat yang tersendiri, memberi manfaat pada tubuh badan.
Lengkuas boleh memberi kelegaan pada penghidap penyakit arthritis dan arthritis reumatoid kerana ia mengandungi anti radang, juga membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan radang perut dan ulser. Di samping boleh membendung rasa mual dan loya (kunyah beberapa keping lengkuas segar), ia juga membersih dan meningkatkan peredaran darah. Dikatakan juga boleh merawat cirit birit, menaikkan selera makan dan menghilangkan bau mulut.
Bagi wanita di dalam pantang bersalin, digalakkan mengambil lengkuas kerana ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan lebihan angin didalam badan.
Jus lengkuas yang sangat berkhasiat boleh di jadikan sebagai minuman kesihatan.
Tumbok lengkuas hingga hancur dan air perahan lengkuas (1 tsp) dengan secawan air suam2 kuku. kalau tak suka minum begitu, boleh le masukkan madu!!
Selamat mencuba 🙂
Sy tak tahu selama ni lengkuas baik utk arthritis reumatoid, tapi sy sgt suka mkn lengkuas muda masak sup!