( Bunga Milk Thistle )
( Milk Thistle dalam bentuk kapsul mudah di dapati di kebanyakan farmasi )
Hati adalah organ yang berdaya tahan dan bertindak sebagai penapis semulajadi yang berfungsi untuk menyahtoksik. Hati juga mampu pulih sendiri jika berlaku kecederaan padanya, atau tumbuh semula jika perlu.
Ekstrak Milk Thistle telah diiktiraf sebagai tonik hati. Milk thistle dikatakan memberi manfaat kepada kerosakan hati pada peringkat awal dan mengekalkan fungsi untuk melindungi terhadap pembetukan sirosis hati, hepatitis kronik (radang hati),memberi kesan anti radang pada sel2 yang rosak, gangguan pundi hempedu dan mencegah serta membaiki kerosakan pada hati daripada bahan kimia dan toksik ubatan.
Milk Thistle juga boleh membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
dengan merangsang pengeluaran hempedu dan bertindak sebagai julap bagi membantu melegakan sembelit.
Milk Thistle sering menjadi pilihan saya untuk detoksifikasi hati.
Sekiranya ketika ini kita mengambil ubat2 preskripsi dan merancang untuk mencuba Milk Thistle, dapatkanlah nasihat doktor terlebih dahulu.
Buku ini manfaat untuk rujukan
Sy lebih brminat minum teh herbal dr kapsul. Sy suka milk thistle sebab ia jenis bunga. Ada tak puan prnah cuba buat tea dgn bunga ni? Kalau ia ada keharuman spt chrysanthemum atau chamomile, sy pun teringin nk beli!
Saya cuma ambil dari kapsul je.
apakah pemakaian milk thistle dapat dikombinaskan dengan ubat lain?
Saya difahamkan milk thistle dengan herbal lain boleh. Kalau dengan ubat doktor, saya tidak tahu dan rasanya lebih baik dapatkan pandangan doktor
kapsul ni dpt mengubati penyakit hepatitis B x?
Herba ini mengandungi manfaat yg baik untuk hati… wallahua’lam