Tadi timbang berat badan. Tak le banyak turun, cuma 3 kg je. Rasa-rasa macam nak beritahu satu dunia hehe. Kalau cakap pada anak-anak, mereka akan kata “mama, you look the same la..” dan kalau bagitahu pada suami pulak, “really, lets celebrate” . Tu la sebabnya payah nak turun berat badan selama ini. Better keep this small secret to myself!

Bukan senang nak turun berat badan diusia sebegini, melainkan di bulan ramadan, tu pun tak boleh nak kekal lama.

Shall we talk about pinenuts? I love pinenuts so much. Bila dah mula makan tak boleh nak berhenti, sehinggalah habis. Rasanya lemak dan sedap. Kacang ini boleh membuatkan saya hilang rasa lapar dengan segera. Bukan itu saja, pinenuts yang berwarna krim ini boleh juga meningkatkan tenaga saya. Jadi, elok jugak lah saya masukkan pinenuts dalam senarai menu untuk kuruskan badan.

Masa muda dulu, makan banyak jugak tapi susah sangat nak naik berat badan. Kurus je, sampai pergi jumpa doktor minta ubat kot-kot boleh gemuk sikit. Doktor pun ketawa, “Apasal nak gemuk ni, orang lain sibuk nak kurus, awak ni lain pulak” haha Sekarang ni tak terfikir pula nak jumpa doktor untuk kuruskan badan. Dah tahu apa doktor akan kata… “awak kurang makan je lah kalau nak kurus.”

Minum teh hijau dan makan chia seeds, dikatakan boleh juga menurunkan berat badan. Tapi dari pengalaman, saya dapati berat badan saya tak turun. Bagi saya chia seeds tidak seperti kacang pine. Ia tidak mampu menahan lapar saya. Dengan kacang pine pula saya dapati perut lambat terasa lapar. Betul le seperti yang saya baca mengenai kacang pine, banyak kelebihan dan salah satunya ialah membendung selera makan.

Kacang pine mengandungi asid lemak mono tak tepu, boleh membantu merangsang aktiviti otak, mengurangkan kolesterol dalam badan dan menyumbang kepada kesihatan jantung. Ia kaya dengan vitamin A, E, K, tembaga,  besi, magnesium dan mangan. Semua ini membantu pada sistem kardiovaskular. Kacang pine juga membantu hati menghapuskan trigliserida yang berbahaya dari badan kita dan ia juga manfaat untuk melegakan ketegangan dan kekejangan otot.

Kacang pine juga mengandungi lutein, antioksidan yang penting untuk pencegahan penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.

image

Kalau boleh tak nak turunkan lagi berat badan. Tak nak le kurus sebab bila dah pegang title mak cik ni, rasanya, elok berisi sikit, baik untuk kulit.

Pinenuts ini boleh didapati di Jusco dan Cold storage. Pernah juga beli di Pavilion. Boleh makan begitu saja atau masukkan ke dalam masakan seperti herbal soup.

Advertisements

10 thoughts on “Pinenuts boleh slimkan badan?

  1. Kena cari kacang pine ni … boleh kuruskan badan .. hehe. Mama yani suka makan kacang kuda .. suka sangat2. Auntie, yani selalu kena sinus, apa agaknya makanan yg elok yani amalkan?

      1. Oyeke, yani ni paling suka susu kambing hi-goat. Yani tak pernah ambil chlorella & spirulina .. elok Auntie ye, insyaAllah nak try .. thanks Auntie

  2. Auntie, yani dah beli chlorella & spirulina. Kesannya … boleh tahan juga, kena byk minum air, banyak betul toksin keluar agaknya. Spirulina rupanya elok for prenancy & breastfeeding. Cuma yani tak boleh ambil chlorella, not recommended for breastfeeding. Yani dah baca entry Auntie pasal susu kambing tu .. alhamdullilah boleh minum. Yani cuba elak minum susu sekrang ni. Terbaru, ada seorang pesakit asma ni kata tak boleh makan telur, tak pasti betul ke tidak.

    Lepas ni nak cari pinenuts la pulak .. hehe, badan dah naik 🙂 di Jusco setiawangsa ada jual tak Auntie?

    1. Ada berpandangan ibu yang menyusu boleh mengambil chlorella, mungkin yani dah tanya doktor atau phamacist. Anyway yani boleh ambil kemudian…Biasanya orang yang menghidap asma tak boleh minum susu lembu, sebab ia akan menyebabkan lendir berkumpul dalam sesetengah bahagian badan. Ada sesetengah orang alergi pada telur. Auntie tengok Yani tak gemuk pun, tapi kalau nak beli pinenuts untuk nak tahu bagaimana rasa pinenuts ni bagus le jugak. Di supermarket kat isetan ada, bahagian nuts. Rasa macam pernah nampak pinenuts di jusco, setiawangsa. Take care and Salam. 😉

    1. Hmm.. selalu yang auntie beli rasa lemak dan manis sikit. Tak pernah pula dapat yang pahit2 sikit. Auntie pernah masukkan pinenuts ni dalam bubur nasi, jadi keras dan bagi auntie rasa tak sedap. Anyway bila dibakar/ goreng banyak khasiatnya terutama enzim akan musnah. Sebaik2nya makan raw pinenuts. Salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s