Pinenuts boleh slimkan badan?

Tadi timbang berat badan. Tak le banyak turun, cuma 3 kg je. Rasa-rasa macam nak beritahu satu dunia hehe. Kalau cakap pada anak-anak, mereka akan kata “mama, you look the same la..” dan kalau bagitahu pada suami pulak, “really, lets celebrate” . Tu la sebabnya payah nak turun berat badan selama ini. Better keep this small secret to myself!

Bukan senang nak turun berat badan diusia sebegini, melainkan di bulan ramadan, tu pun tak boleh nak kekal lama.

Shall we talk about pinenuts? I love pinenuts so much. Bila dah mula makan tak boleh nak berhenti, sehinggalah habis. Rasanya lemak dan sedap. Kacang ini boleh membuatkan saya hilang rasa lapar dengan segera. Bukan itu saja, pinenuts yang berwarna krim ini boleh juga meningkatkan tenaga saya. Jadi, elok jugak lah saya masukkan pinenuts dalam senarai menu untuk kuruskan badan.

Masa muda dulu, makan banyak jugak tapi susah sangat nak naik berat badan. Kurus je, sampai pergi jumpa doktor minta ubat kot-kot boleh gemuk sikit. Doktor pun ketawa, “Apasal nak gemuk ni, orang lain sibuk nak kurus, awak ni lain pulak” haha Sekarang ni tak terfikir pula nak jumpa doktor untuk kuruskan badan. Dah tahu apa doktor akan kata… “awak kurang makan je lah kalau nak kurus.”

Minum teh hijau dan makan chia seeds, dikatakan boleh juga menurunkan berat badan. Tapi dari pengalaman, saya dapati berat badan saya tak turun. Bagi saya chia seeds tidak seperti kacang pine. Ia tidak mampu menahan lapar saya. Dengan kacang pine pula saya dapati perut lambat terasa lapar. Betul le seperti yang saya baca mengenai kacang pine, banyak kelebihan dan salah satunya ialah membendung selera makan.

Kacang pine mengandungi asid lemak mono tak tepu, boleh membantu merangsang aktiviti otak, mengurangkan kolesterol dalam badan dan menyumbang kepada kesihatan jantung. Ia kaya dengan vitamin A, E, K, tembaga,  besi, magnesium dan mangan. Semua ini membantu pada sistem kardiovaskular. Kacang pine juga membantu hati menghapuskan trigliserida yang berbahaya dari badan kita dan ia juga manfaat untuk melegakan ketegangan dan kekejangan otot.

Kacang pine juga mengandungi lutein, antioksidan yang penting untuk pencegahan penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.

image

Kalau boleh tak nak turunkan lagi berat badan. Tak nak le kurus sebab bila dah pegang title mak cik ni, rasanya, elok berisi sikit, baik untuk kulit.

Pinenuts ini boleh didapati di Jusco dan Cold storage. Pernah juga beli di Pavilion. Boleh makan begitu saja atau masukkan ke dalam masakan seperti herbal soup.