Adakah terdapat penawar untuk fibroid?

Fibroid adalah ketumbuhan yang terbentuk di dinding rahim, luar rahim atau di dalam rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita pada tahun reproduktif mereka dan mengecut selepas menopaus. Dalam kebanyakan kes, fibroid wujud dan membesar kerana hormon estrogen keluar berlebihan. Apabila terlalu banyak estrogen, sistem hormon menjadi tidak seimbang.

image
(Recommended book to read)

Berikut adalah remedi yang mungkin berkesan untuk mengurangkan ketidakselesaan ketumbuhan fibroid; ia juga mungkin mampu mengecutkan atau menghilangkan terus ketumbuhan fibroid tersebut.

1)  Minum lebih air bagi membantu buah pinggang dan pundi kencing mengalir keluar estrogen yang berlebihan
2)  Elakkan makan produk tenusu dan daging merah yang mengandungi hormon.
3)  Elakkan mengambil kafein ( soda, kopi, minuman kafein) kerana ia merangsang pengeluaran estrogen.
4)  Elakkan mengambil makanan segera kerana makanan segera merangsangkan pengeluaran estrogen berlebihan.
5)  Makan makanan bijirin, sayur-sayuran dan kekacang untuk memastikan keseimbangan hormon
6)  Mengambil vitamin C untuk  membantu mengekal keseimbangan hormon
7)  Tingkatkan pengambilan makanan tinggi kandungan serat
8)  Mengambil herba seperti milk thistle, dandelion dan yellow dock untuk mendetoksifikasi buah pinggang dan hati; hati bertanggungjawab membantu badan untuk menghapuskan estrogen berlebihan.
9)  Mengambil pelbagai enzim pencernaan beberapa kali sehari semasa perut kosong kerana ia telah dilaporkan sebagai sangat berkesan membuang tisu fibroid

Semoga informasi di atas dapat memberi manfaat 🙂

Sumber:

Natural treatments shrink and eliminate fibroid


Fibroid Tumor: Alternative medicine to avoid hysterectomies

Digestive enzymes are important for health and longevity

2 thoughts on “Fibroid

  1. assalamualaikum… bolehkah dandelion diambil sebagai ubat untuk melegakan kesakitan lutut yang dialami warga emas…

    1. Waalaikumussalam. Mengambil 2 jenis herba iaitu dandelion dan stingging nettle/jelatang berjaya melegakan kesakitan sendi yang dialami oleh kawan saya yang selama ini bergantung kepada steroid. Cubalah, mungkin herba ini dapat membantu, inshaaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s