Semalam tiba-tiba rasa nak masak soup bila terpandang pada botol marmite 🙂 Saya fikir bagus juga kalau masak soup sayur masukkan marmite.Bagi saya marmite bukan saja menambah sedap soup tetapi ia juga menambahkan khasiat pada soup. Saya cuma masukkan 1 tsp marmite saja sebab tidak mahu soup ini terasa marmite.
Jom kita lihat bahan untuk membuat shredded veggie soup ini.
Menurut Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine: Jus ubi kentang banyak khasiat, boleh melegakan gastrik, ulser pangkal usus dan kembung perut.
Bahan-bahan:
1) 2 batang carrot dan 2 biji ubi kentang disagat
2) 3 cawan air direbus bersama tulang ayam atau 4 ketul ayam selama 20 minit diatas api yang kecil
3) 3 tbsp butter
4) 1 kotak santan kara tanpa kolesterol
5) 2 tbsp tepung gandum di campur sedikit air
6) 1 tsp marmite
7) garam dan lada hitam secukup rasa
Caranya:
1) Ubi kentang yang telah disagat diperah air.
Air perahan ubi kentang jangan dibuang, kerana ia berkhasiat. Boleh minum kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral.
2) Masukkan ubi kentang, carrot dan butter, masak atas api sehingga butter cair. kacau bagi sebati.
3) Masukkan air rebusan ayam dan masak atas api yang sederhana selama 10 minit. kacau hingga rata.
4) Masukkan tepung ke dalam santan, kacau hingga sebati dan tuang ke dalam adunan sayur. Kacau soup hingga rata.
5) Masukkan marmite yang telah dicampur dengan sedikit air ke dalam soup
6) Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Tutup api.
Sesuai di makan bersama roti bakar yang disapu sedikit butter atau ‘garlic spread’
Selamat mencuba 🙂
Ohhh sara rasa soup ni macam soup orang putih. Sebab ada santan rendah lemak gitu. Tentu sedap, kan?
Cubalah, sedap. 🙂