Teringat pada zaman muda dahulu, almaklumlah ketika tu tak pandai masak. Tiap kali bila nak masak, mesti buka buku resipi dan pasti ikut satu persatu arahan resipi. Kalau salah satu bahan tak ada, sahlah tak jadi masak. Jadi saya selalu pastikan dulu semua bahan-bahan tu ada, bila saya nak memasak. Tapi itu dulu-dulu.. Sekarang? Masak je walaupun tak cukup bahan. 🙂
Masak asam pedas ada macam-macam cara.
Ada setengah tu letak daun kesom atau bunga kantan. Tapi resipi kali ini, saya letak daun limau purut.
Berlainan daun diletakkan dalam masakan akan timbul berlainan bau dan rasa.. Saya suka bau dan rasa daun limau purut, hmm.. wangi!
Masakan asam pedas ni tak ada belacan..
Bahan-bahan:
1) 1 tsp serbuk ketumbar
2) 1/2 tsp jintan putih
3) 1/2 tsp jintan manis
4) 20 cili kering, direndam air panas
5) 3 ulas bawang putih
6) 1″ halia
7) 1 labu bawang besar
8) 2 tbsp kerisik & 2~3 helai daun limau purut.
9) 1 ekor ikan bawal
10)Asam jawa + 1 cawan air, garam dan gula merah
Caranya:
1) 1~7 dikisar hingga halus.
2) Tumis bahan dikisar sehingga terbit minyak dan masukkan kerisik.
3) Masukkan air asam jawa dan daun limau purut yang diramas-ramas terlebih dahulu. Saya suka kuah yang pekat jadi tak masuk banyak air. Terpulang pada citarasa..
4) Akhir sekali garam dan gula merah secukup rasa.
Ok dah ready.. Jom jamu selera 😀
Seketulll jeeee…cukup ke tu …
Ada tiga ketul, tayang seketul je Chik Att oii, hehe…
errrmmmm…yummyy3….pelbagai resepi boleh dibuat asam pedas..disebelah pantai timur pula ada yg bubuh lengkuas….memey pernah juga mencubanya..tapi resepi yg ini lebih rasa kesedapannya kerana dimasukan jintan2….hehehe
Betul tu, bila masukkan jintan asam pedas rasa sedap. 🙂