Ikan Goreng Special

Assalamualaikum

Menu simple hari ini ialah Ikan Sardin Goreng Limau Purut.
Kadang-kadang masakan yang simple, tulah yang sedap..betul tak?
Kalau tak percaya, cubalah 🙂

Sungguh menyelerakan bila makan dengan nasi panas, apatah lagi jika turut ada sambal dan ulam…

image

Bahan-bahan:

1) 3 ekor ikan sardin dilumur sedikit kunyit serbuk dan garam. Perap sekejap
2) 18 helai daun limau purut. Dihiris sederhana besar

Cara:
1) Goreng ikan seperti biasa. Bila ikan hampir garing, masukkan daun limau purut dan goreng sehingga garing.
2) Toskan.

Jenahak Lemak Putih Purut

Di rumah saya ada sepokok limau purut yang sehingga kini belum berbuah. Dah lebih dari 5 tahun pokok ini ditanam. Namun begitu, saya sering petik daun-daunnya untuk di masukkan ke dalam masakan. Berjasalah juga pokok ini 🙂 Bagi saya, daun limau purut memang menyedapkan makanan. Tak percaya? Cuba try!

Lauk makan malam kami sekeluarga tadi…
image

Bahan-bahan:
1) 1 cawan air
2) 1 keping ikan jenahak
3) 2 labu bawang besar
4) 3 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang
5) 3 biji cili padi dihiris kasar
6) 3/4 kotak santan kara
7) 4 helai daun limau purut, dibuang bahagian keras dan dihiris halus
8) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Caranya:
1) Panaskan air dan masukkan bahan 2~5
2) Bila ikan dah masak masukkan santan.
3) Santan mendidih, masukkan daun limau purut, lada hitam dan garam. Kacau rata dan padam api.

Selamat mencuba.

Daging Kicap & Daun Limau Purut

Aroma daun limau purut sangat menyegarkan dan harum. Walaupun daun ini tidak dimakan namun ia sering digunakan sebagai perisa makanan selain mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.

Semalam saya masak daging kicap, menu kesukaan anak. Buat pertama kali, saya masukkan daun limau purut untuk memberi kelainan pada rasa. Kata anak saya, “sedaplah mama.” 😉

Bagi mereka yang suka pada bau dan rasa daun limau purut, bolehlah try resipi simple ini.

image

Bahan-bahan:
1) 200g daging lembut (batang pinang) dihiris nipis
2) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) 2 labu bawang besar. Tiap satu dibelah empat
4) 7 tangkai cili kering dihiris & buang biji
5) 4~5 helai daun limau purut dihiris
6) Kicap lemak manis dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga bawang putih kekuningan dan kemudian masukkan cili kering
2) Masukkan daging dan daun limau purut dan goreng sehingga air daging hampir kering
3) Akhir masukkan kicap dan garam secukup rasa

♡ makan panas-panas dengan nasi putih 🙂