Udang MJ

Ketika nak beri nama pada resipi ini, saya tersengeh sendirian. Susah juga rasanya nak beri nama sebab bahan-bahannya simple je. Dulu Daging Jintan so tak kan Udang Jintan jugak. Fikir punya fikir akhirnya dapatlah ilham. Masakan ini diberikan nama Udang MJ, yakni udang masak jintan, hehe..

Walaupun resipi ni biasa je, tapi bagi saya masakan ni best la!

1450618758004

 

 

Bahan-bahannya:
1) 10 ekor udang, buang kepala dan urat hitam. Kulit tidak dibuang
2) 1 labu bawang besar dihiris bulat
3) 3 ulas bawang putih diketuk kemudian dicincang
4) 10 tangkai cili kering, dihiris. Biji dibuang
5) 3/4 sudu teh serbuk jintan manis
6) 1/2 sudu teh biji jintan manis
7) kunyit dan garam secukup rasa

Cara:
1) Perap udang dengan serbuk jintan manis, kunyit dan garam selama 15 minit
2) Tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit garing. Kemudian masukkan cili kering dan biji jintan manis dan goreng sehingga jintan kelihatan garing dan masukkan udang…

Teringat pulak kat Dato’ Chef Wan, dia kata “bila ekor dan kepala udang bercantum semasa memasak, tu tandanya udang dah masak”.Satu petua yang saya dapat ketika menonton salah satu programnya, 🙂

Ok selamat menjamu selera!

Daging Tomato

Masak daging tomato ini macam masak rendang daging lah pulak, lama di atas api sebab nak hancurkan bawang dan pekatkan kuah.

Resipi ini tidak mengunakan cili. Biasanya bila makan dengan nasi kami suka cicah dengan cili kicap. Daging tomato ini sedap juga di makan dengan ubi kentang bakar bersama sayur kukus.

Jom tengok resipinya..

image

image

Bahan-bahannya:

1) 1/2 kilo daging dipotong empat
2) 2 labu bawang besar dipotong kiub
3) 3 ulas bawang putih dicincang
4) 3 biji tomato dipotong kiub
5) 3 cawan air
6) 1/2 botol organic tomato sauce with vegetables (boleh juga guna tomato puree)
7) Lada hitam dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya:
1) Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan tomato dan air.
2) Bila dah mendidih masukkan tomato sauce dan daging. Masak di atas api yang kecil sehingga kuah menjadi pekat. Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

Ok, selamat mencuba 🙂

Bunga Kantan

Bunga kantan digunakan sebagai ulam perasa dan perisa makanan. Ia juga membangkitkan bau pada masakan.

image

Ekstraks kantan bersifat antimikrob dan antibakteria.
Bunga kantan dimakan mentah atau rebusan airnya diminum untuk mewangikan badan. Air rebusan daun kantan digunakan untuk mencuci kudis dan luka. (Sumber: Rempah-ratus, Ong Hean Chooi)

Kantan boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak dan meningkatkan selera makan.
Dikata air rebusan bunga kantan berkesan merawat gout, dengan merebus 3 batang bunga kantan dengan 4.5L air sehingga tinggal 3L dan minum 3 hari berturut-turut.

Saya baru je tahu rupanya batang kantan ni digunakan untuk membuat tikar dan daunnya pula digunakan sebagai pembungkus makanan. Hmm… selalu dok jumpa tikar mengkuang, kalau jumpa tikar buatan batang kantan, bolehlah beli.. 🙂