Masak daging tomato ini macam masak rendang daging lah pulak, lama di atas api sebab nak hancurkan bawang dan pekatkan kuah.
Resipi ini tidak mengunakan cili. Biasanya bila makan dengan nasi kami suka cicah dengan cili kicap. Daging tomato ini sedap juga di makan dengan ubi kentang bakar bersama sayur kukus.
Jom tengok resipinya..
Bahan-bahannya:
1) 1/2 kilo daging dipotong empat
2) 2 labu bawang besar dipotong kiub
3) 3 ulas bawang putih dicincang
4) 3 biji tomato dipotong kiub
5) 3 cawan air
6) 1/2 botol organic tomato sauce with vegetables (boleh juga guna tomato puree)
7) Lada hitam dan garam secukup rasa.
Cara membuatnya:
1) Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan tomato dan air.
2) Bila dah mendidih masukkan tomato sauce dan daging. Masak di atas api yang kecil sehingga kuah menjadi pekat. Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
Ok, selamat mencuba š
As Salam, Kasih..
ketemu lagi.. š
kalau bubuh dalam spagetti pun sedap
WaalaikumusSalam Nurhayyu.
Ya bertemu lagi… ;).
kena hiris daging nipis dan kecil sebelum dimasak baru sedap makan dgn spagetti.. bisa dicuba. Tq.
assalamualaikum. saya baru cuba tadi, alhamdulillah sedap :)))
Waalaikumussalam. Alhamdulillah..
Terima kasih kerana sudi mencuba resipi di atas. š