Oregano adalah antara herba yang digunakan secara meluas dalam masakan. Daun dan batangnya mempunyai ciri aromatik, antiseptik dan anti kulat. Rasanya yang unik dan sedikit pedas (bagi saya sedap juga) serta ia kaya dengan antioksidan dan serat.
Herba ini digunakan untuk merawat masalah pada pencernaan, tekak atau jangkitan pada dada. Air rendaman oregano adalah ekspektoran yang berguna kepada jangkitan penafasan dan selsema. Ia juga bermanfaat untuk mengatasi jangkitan candida.
Untuk masalah jangkitan pada mulut dan tekak, gunakan air rendaman oregano untuk cuci mulut atau berkumur dengannya dan telan.
Bagi wanita yang mengandung, elaklah minum teh herba atau gabungan herba termasuk oregano kerana kebanyakkan herba boleh merangsang rahim dan menyebabkan keguguran.
Menurut Buku HERBS – The Healing Nature.
Oregano diambil untuk merawat sakit perut, cirit birit, masalah usus, sakit sendi dan sakit gigi.
Cara mengambilnya:
1) Rebus 1 tbsp oregano dengan 1 cawan air panas selama 10 minit. Tapis dan minum 3 cawan sehari; setiap 1 cawan sebelum makan.
2) Rendam 1 tbsp oregano ke dalam 1 cawan air panas selama 10 – 15 minit.
Ref:
Andrew Chevallier – HERBAL REMEDIES