Semasa di Bangkok, sempat saya ke pusat membeli belah yang popular iaitu Siam Paragon, Siam Center dan Terminal 21. Siam Paragon Mall dan Siam Center Mall terletak bersebelahan dengan stesen BTS – Stesen Siam.

Siam Paragon adalah salah satu gedung terbesar di Bangkok. Di sini terdapat kedai menjual produk import, barang-barang mewah, berjenama, kraftangan Thai paling eksklusif, barang elektronik dan sebagainya. Di sini juga terdapat 150 restoran dan kafe. Di tingkat bawah Siam Paragon ada Siam Ocean World yang diiktiraf sebagai akuarium tertutup yang terbesar di Asia Tenggara. Saya tidak sempat melihat akuarium ini kerana kesuntukan masa. Bagi saya, Siam Paragon dan Siam Center merupakan pusat membeli belah yang seronok untuk window shopping.

Jika kita nak ke Terminal 21 Mall, kita perlu berhenti di stesen Asok atau stesen Sukhumvit. Seperti Siam Paragon, ia adalah pusat beli belah yang mewah. Di aras bawah Terminal 21 terdapat pasar raya dan food court yang menjual pelbagai jenis hidangan Thai dan Antara bangsa. Kelihatan juga warga Thai Islam yang menjual makanan atau pun kuih muih disini.

SIAM PARAGON
image

SIAM CENTER
image

TERMINAL 21
image

TERMINAL 21
image

TERMINAL 21
image

TERMINAL 21
image

HARGA SEKILO UBI KELEDEK!
image

image
Apa yang mengejutkan saya ketika di supermarket Siam Paragon ini ialah harga ubi keledek bakar. Satu kilo ubi keledek bakar adalah 1400 Baht lebih kurang RM 140. Mahal sungguh! Bagi sayalah, tak berbaloi nak makan ubi keledek bakar ini. Mungkin juga kualiti ubi ini berbeza sebab terdapat juga ubi keledek lain yang dijual sekilo dengan harga 149 Bhat, lebih kurang RM 14.90 sen sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s