Saya namakan kerabu ini kerabu 3rasa kerana ia adalah campuran rasa pahit dari peria, rasa lemak dari kacang botor dan sedikit rasa kelat dari jantung pisang.
Jom try resipi ini. 😉
Bahan-bahan:
1) 1 biji jantung pisang, ambil bahagian lembut dan dibelah empat. Rebus hingga lembut. Bila dah sejuk, dimayang memanjang
2) 2 biji peria katak, dibelah dua dan buang biji. Dicelur dan bila sejuk dihiris. Peria katak pahit jadi jangan hiris tebal sangat.
3) 8 kacang botor, dicelur dan dihiris.
4) Cili padi dan cili merah dikisar- terpulang. Sedap kalau pedas-pedas sikit.
5) 4 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 2 tbsp kerisik
7) Jus 1 biji lemon.
8) 1/2 mangkuk kecil isi ayam yang telah direbus dan dicarik-carik.
Gaul semua bahan sehingga rata. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.
Selamat menjamu selera.
Salaam, Kasih…
Lama tak jengah dapur remedy Kasih…sebut peria tu yang buat jantungku bergegar…takut… 😛
WaalaikumusSalam , Nurhayyu.
Terima kasih sudi jengah kasihilmar… 🙂
Cubalah xnya pahit sangat..