Hadis dibawah merupakan jaminan dari Rasulullah SAW bahawa setiap penyakit ada ubat dan penyembuhnya.
Manusia tidak boleh berputus asa dari mencari penawar untuk penyakit yang dihadapi kerana Allah telah menentukan bahawa ada ubat bagi setiap penyakit…

image
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW yang bersabda:”Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Ia menurunkan untuknya penawar.”

Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab ath-Thib
no. hadis:5678

Nabi bersabda,
image
Maksudnya:
“Setiap penyakit mempunyai ubat. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah.”

Hadis riwayat Muslim, Kitab as-Salam
no. hadis:4084

Dalam sebuah hadis yang lain, Nabi SAW ditanya, “Ya Rasulullah! Bolehkah kami berubat?
Baginda SAW menjawab:
image
Maksudnya:
“Ya, wahai hamba Allah! Berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan suatu penyakit melainkan menjadikannya untuk penyembuhan atau ubat kecuali satu penyakit sahaja (itulah penyakit tua).”

Sunan at-Tirmizi, Kitab ath-Thib
no. hadis:1961

Nabi SAW juga telah mengajar kita bahawa yang menyembuhkan semua penyakit ialah Allah SWT jua..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s