Hari ini saya nak kongsi info tentang kacang kuda yang sangat digemari ramai…
Ibnu al-Baithar mengatakan Kacang kuda boleh melancarkan haid, mencepatkan pengeluaran susu, menaikkan syahwat dan meningkatkan kualiti/kuantiti air sperma. Manakala menurut Dawud al-Anthaki pula, jika rebusan kacang kuda dimakan sedikit dan diminum airnya dengan ditambah sedikit madu boleh mengembalikan hasrat seksual pada lelaki andropause dan wanita menopause.
Dalam Al-Qanun fi ath-Thibb, Ibnu Sina menegaskan bahawa kacang kuda boleh menaikkan ghairah seksual secara maksima, kerana itu baka jantan binatang biasanya diberi makan dengan kacang ini.
Rujukan:
Dr. Khalid Gadd: Ensiklopedia Pengubatan Herba
Rebus atau goreng … memang sedap….makan tak berenti sat gi ….
Betul tu Chik Att, kacang kuda ni masak camna pun sedap. 🙂