Dah banyak bulan saya beli buah bel kering ini. Saya beli semasa saya di Bangkok. Baru tadi saya rebus dan minum. Rasanya? Bagi saya macam minum air minyak angin, ok lah juga. đŸ™‚
Buah bel yang belum masak, dikeringkan dan digunakan untuk merawat cirit-birit dan disenteri. Manakala yang masak pula dikatakan dapat membantu penghadaman. Ia juga dimakan sebagai julap. Di negara Cambodia, bual bel diambil bagi merawat batuk kering dan hepatitis.
Rujukan:
100 Useful Herbs of Malaysia and Singapore.