Buah Bel

Dah banyak bulan saya beli buah bel kering ini. Saya beli semasa saya di Bangkok. Baru tadi saya rebus dan minum. Rasanya? Bagi saya macam minum air minyak angin, ok lah juga. πŸ™‚

Buah bel yang belum masak, dikeringkan dan digunakan untuk merawat cirit-birit dan disenteri. Manakala yang masak pula dikatakan dapat membantu penghadaman. Ia juga dimakan sebagai julap. Di negara Cambodia, bual bel diambil bagi merawat batuk kering dan hepatitis.

image

image

Rujukan:
100 Useful Herbs of Malaysia and Singapore.

Khasiat Akar Som

Pokok Akar Som yang juga dikenali sebagai Ginseng Jawa mudah tumbuh dan cepat membiak. Saya beli sepokok kecil, beberapa bulan yang lepas, kini dah merimbun. Saya tanam pokok ini di tepi kolam ikan sebagai tanaman hiasan. Daunnya yang lebar dengan bunga warna pink, membuat laman kolam ikan saya, nampak cantik lah sikit. πŸ™‚

Pokok herba akar som mempunyai khasiat perubatan. Hampir semua bahagian pokok herba ini boleh dimakan. Akar som diguna sebagai aphrodisiac untuk meningkatkan kecergasan badan. Ia juga digunakan bagi merawat masalah hati dan masalah buah pinggang, buasir, cirit birit, haid yang tidak teratur dan keputihan. Ia juga diambil untuk mengeluarkan peluh. Herba akar som boleh meningkat aliran susu badan bagi ibu yang menyusu.

Daun akar som boleh dimakan mentah sebagai ulam atau salad. Ia juga boleh digoreng dan dimasak sup. Untuk dinner semalam, salah satu menu yang dihidangkan ialah ‘Som Jawa Udang Kukus’.

Pengambilan akar som yang berlebihan boleh menyebabkan rasa mual, muntah dan sesak nafas.

POKOK AKAR SOM.
image
Pokok akar som lebih mudah menyerap logam berat daripada tanah. Oleh itu perlu pastikan tanah yang digunakan tidak tercemar dengan logam berat.

SOM JAWA UDANG KUKUS.
image

Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk kecil akar som yang telah dikukus. Jangan kukus lama.
2) 1/2 mangkuk kecil daun bawang segar yang dihiris
3) 8 ekor udang besar dikukus sekejap dan dihiris
4) Jus 3/4 biji lemon
5) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
6) 3 biji cili padi merah dihiris nipis
7) 1 tbsp minyak bijan
8) Sedikit serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Caranya:
1) Selepas daun dikukus sekejap saja, segera siramkan dengan air sejuk dan toskan supaya daun tidak menjadi lembik. Jangan perah daun ini walaupun sedikit sebab lendir akan keluar.
2) Dalam mangkuk satukan bahan 4~8, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan daun akar som, daun bawang dan udang. Gaul sehingga rata.

Daun akar som ini agak berlendir, jadi saya suka masukkan banyak jus lemon supaya terasa lebih masam.

Ok, selamat mencuba.


●It is not expensive to be well and healthy
.

●Manfaat akar som

Akar Teratai

Teratai adalah tumbuhan herba. Hampir semua bahagian pokok ini; akar, batang bunga muda, dan biji benih digunakan secara meluas dalam masakan Jepun dan Cina.

Air rebusan akar teratai diminum untuk merawat demam panas, cirit birit, kencing berdarah, hidung berdarah dan pendarahan dalam sistem penafasan

AKAR TERATAI yang muda boleh dimakan mentah dan yang matang sering dimasak sup, goreng ataupun dikukus.
image

AKAR TERATAI GORENG
image
Akar teratai dihiris nipis dan diperap dengan rempah kari ikan & garam secukup rasa selama 15 minit. Goreng sehingga garing dan sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.

image
Semalam saya rebus akar teratai dengan carrot. Rasa macam air rebusan jagung, sedap juga.

A good diet leads to a good health ~ πŸ˜‰

Ref: Sayuran
Khasiat makanan & Ubatan
Ong Hean Chooi