Mutiara adalah antara koleksi barang kemas yang sangat diminati oleh kaum wanita. Ia boleh membuat pemakainya kelihatan cantik dan menarik.
Mutiara yang berkualiti tahan lama, tetapi penjagaan yang betul adalah perlu untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keaadaan baik dan berkilau.
Pastikan ia tidak disimpan bersama objek atau barang yang boleh mencalarkan pemukaan mutiara. Disamping itu mutiara juga perlu dijauhi dari semburan minyak wangi, semburan rambut dan alat solek kerana permata ini sangat sensitif.
Jom baca petua tambahan di bawah cara menjaga mutiara dari keratan akhbar Berita Harian.