Salam sejahtera semua

Bahagian putih buah tembikai tidak perlu dibuang. Kita boleh masak sebagai sayur.
Jadi hari ini saya goreng sayur kacang panjang dan saya masukkan juga bahagian putih buah tembikai. Saya namakan hidangan ini sayur tembikai kacang panjang. Rasanya? Bagi saya sedap, rasa macam sayur labu air pun ada juga…

Jom cuba..

1448542299032

 

Bahan-bahan:

1) 8 batang kacang panjang dipotong
2) 1 mangkuk bahagian putih buah tembikai dihiris 1cm lebar
3) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) 6 tangkai cili kering di hiris dan buang biji
5) Serbuk kasar lada hitam
6) 1 1/2 tsp minyak bijan
7) Garam secukup rasa

Cara:

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang kekuningan
2) Masukkan kacang panjang, bahagian putih tembikai dan besarkan api
3) Kacau selalu sehingga sayur kelihatan kering dan masukkan lada hitam
4) Padamkan api
5) Masukkan garam dan minyak bijan. Kacau sehingga rata.

Sedap dimakan panas-panas 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s