Salam sejahtera

Masakan Bamia sangat popular di kalangan orang Arab. Mereka sering masak bamia atau nama lain kacang bendi bersama daging atau kambing dan ada juga dengan ayam. Justeru itu mereka nama masakan ini Bamia.

Saya masih panggil masakan ini bamia walaupun saya tidak masukkan kacang bendi ke dalam masakan – hanya daging dan tomato (sebenarnya disebabkan tiada stok kacang bendi di rumah) šŸ™‚
Saya juga hanya gunakan tomato mengikut citarasa dan tidak mengikut resipi bamia yang lazimnya menggunakan banyak tomato segar…

Anak-anak saya suka makan bamia dengan nasi tetapi suami saya gemar dengan roti dan saya pula dengan pulut atau lemang. Sedap šŸ˜€

Jom semak resipi

image

image

Bahan-bahan:

1) 350g daging lembut/ batang pinang dihiris besar dan nipis
2) 1 cawan air
3) 3 biji buah tomato sederhana besar dibelah dua
4) 1 sudu besar sos tomato/pes tomato
5) Sayur bendi (saya tak masukkan bendi)

Bahan tumis
1) 3 sudu besar minyak sapi dan 3 sudu besar minyak masak
1) 1 labu bawang besar dihiris nipis
2) Kulit kayu manis 2″, 4 bunga cengkih & 3 biji buah pelaga

Rempah serbuk
I) 1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
2) 1 sudu teh serbuk jintan manis
3) 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
4) 1 sudu teh serbuk lada putih
5) 1/2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan kisar

1) 15 tangkai cili kering (cili kering ini tidak pedas)/terpulang pada citarasa pedas. Dihiris dan buang biji. Rendam air panas sekejap.
2) 2 ulas bawang putih
3) 1″ halia
4) Sedikit air

Cara:

1) Gaul sebati bahan dikisar, rempah serbuk dan daging. Perap sekejap
2) Panaskan campuran minyak sapi dan minyak masak. Masukkan bahan tumis dan masak sehingga bawang kuning
3) Masukkan daging yang diperap dan masak sehingga naik bau
4) Masukkan air, gaul sehingga rata
5) Mendidih saja kecilkan api dan reneh
6) Bila kuah kelihatan hampir pekat, masukkan buah tomato, sos tomato/pes tomato dan garam secukup rasa
7) Akhir sekali masukkan sayur bendi (kalau ada) Bila bendi masak dan kuah dah sedikit pekat bolehlah padam api.

Selamat mencuba..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s