Kami menghabiskan malam terakhir kami di Jepun di Gion, Kyoto. Tempat ini dikatakan terkenal dengan geisha dan maiko tapi kami tak nampak seorang pun pada malam itu! Sambil bersiar-siar di Gion sempatlah kami membeli sedikit cenderahati di Hanami-koji untuk dibawa pulang. Di sini terdapat deretan kedai yang menjual barang-barang yang sinonim dengan Jepun contohnya kipas kertas, kain-kain alas bermotifkan corak Jepun, fridge magnet, chopsticks dan sebagainya. Setelah itu kami berjalan ke Shirakawa untuk merakam gambar-gambar terakhir di Kyoto.

HANAMI-KOJI
image

image

image

image

SHIRAKAWA
image

image

image

image

HALAL BENTO DI LE TEMPS RESTAURANT
image

Sebelum pulang ke Osaka kami singgah makan malam di Le Temps Restaurant yang terletak berhampiran dengan stesen keretapi Kyoto. Restoran ini menyediakan beberapa menu halal yang begitu enak sekali.

Keesokkan harinya pada pukul 8 pagi hari Khamis 11 Disember 2014, kami bertolak ke airport untuk pulang ke Malaysia. Awan mendung mula kelihatan dan sepanjang perjalanan ke airport hujan semakin lebat….

Alhamdulillah berakhirlah sudah percutian kami anak-beranak di Osaka dan Kyoto. Thanks for reading! 🙂

6 thoughts on “Cuti-cuti Osaka (Bhg Akhir)

    1. Bagi saya Jepun adalah sebuah Negara yang menarik untuk dilawati.
      Petite Mummy, kalau dah ada dalam wishlist, inshaaAllah satu hari nanti sampai la tu. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s