Kawasan Imperial Palace Park sangat luas, dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok yang begitu cantik dan unik. Kebanyakan pokok di situ sudah terlalu tua dan ada setengah daripada dahan perlu disokong dengan batang-batang kayu yang diikat agar ia tidak patah. Memandangkan bulan Disember merupakan waktu peralihan dari musim luruh ke musim sejuk, kelihatan daun-daun berguguran dan berwarna merah serta kekuningan. Cantik sangat!
Kami tidak berpeluang untuk memasuki kawasan istana kerana tidak membuat reservation terlebih dahulu. Lagipun ketika kami sampai, masa untuk melawat telah pun tamat.
Dari Imperial Palace Park, kami ke Gion, menaiki teksi kerana jaraknya agak jauh untuk berjalan kaki. Hari sudah lewat petang setiba kami di Gion.
Ketika berjalan di situ tiba-tiba kami dihampiri oleh beberapa wakil stesen tv Jepun yang ingin menemubual kami. Soalan yang ditanya kebanyakannya berkaitan dengan isu semasa di Jepun.
Saya sekadar senyum saja, yang menjawab anak-anak.Tak sangka nak masuk tv Jepun hahaha..

IMPERIAL PALACE PARK
image

image

image

CANTIK POKOK INI
image

image

image

image

DI GION
image

KENA INTERVIEW LA PULAK, HEHEHE..
image

image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s