Assalamualaikum..
Resipi hari ini adalah Ayam Jintan Bercili.
Selamat mencuba! 😀
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung, potong ikut suka dan dibuang kulit. Cuci & toskan
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 labu besar bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
15 tangkai cili kering, dibuang biji. Rendam air panas selama 5 minit
8 batang serai diketuk
6 tangkai daun kari di raut.
3 sudu besar sos cili Lingam
1 sudu besar kicap
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Gaulkan sedikit garam dan serbuk jintan manis pada ayam. Perap selama 2 jam
2. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
3. Panaskan minyak, Goreng bawang besar sehingga perang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng ayam sehingga masak tapi jangan garing. Angkat dan toskan
4. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan minyak. Masukkan serai dan goreng sehingga kuning. Kemudian masukkan daun kari dan goreng sehingga hampir garing.
5. Kecilkan api dan masukkan bahan kisar dan masak sehingga terbit minyak dan cili kelihatan sedikit gelap.
6. Masukkan sos cili, kicap, gula dan garam secukup rasa
7. Masukkan ayam dan bawang goreng. Kacau sekejap di atas api.
Assalamualaikum.
Terima kasih untuk perkongsian resepi. Utk makluman puan, sy merupakan pembaca setia laman kasihilmar.com. Saya suka dengan perkongsian resepi daripada puan kerana semuanya sangat mudah dan menjimatkan masa dan dalam masa yang sama lebih sihat, sesuai dgn wanita bekerjaya spt saya yg perlu menyediakan hidangan utk keluarga. Saya doakan puan terus sihat dan aktif berkongsi resepi dengan kami, pembaca setia laman web puan.
P.S. Kami sekeluarga sangat menggermari hidangan Ayam Goreng Bunga Kantan Sos Tiram yg puan pernah kongsikan sebelum ini. 🙂
Waalaikumussalam.
Sama2..
Terima kasih kerana sudi singgah dan menjadi pembaca setia laman kasihilmar.com. Saya rasa gembira kerana Puan Amal suka dengan resipi saya yg tidak seberapa tu. Alhamdulillah…
Terima kasih jua di atas doa yg baik untuk saya.
Semoga Allah kurniakan kebahagian serta kesihatan yg baik pada Puan Amal & family… aamiinn
Syukur Alhamdulillah Puan Amal sekeluarga suka Ayam Goreng Bunga Kantan Sos Tiram tu.. 😀