Bercuti Di Nagoya, Jepun Part 7

Hari ke-3 kami di Takayama..

Awal pagi selepas sarapan, kami menanti kedatangan Midori dan jurubahasanya ke tempat penginapan kami untuk membawa kami ke Green Cooking Studio. Hari itu kami belajar buat sushi rice & sushi, sayur dengan sos egoma, sup miso dll. Bayaran seorang adalah lebihkurang RM240.
Sebelum tiba di cooking studio, kami singgah dulu di supermarket. Midori mahu pastikan barang-barang keperluan masak itu adalah halal dan memenuhi citarasa kami. Semua pekakas masak untuk hari itu pun Midori belikan yang baru. Bagus kan mereka ni?

Cuaca pagi itu sejuk dan hujan rintik-rintik… Green cooking studio ini terletak berdekatan dengan Miyakawa ‘morning market’. Studio ni tak besar sangat, cukup untuk 7 – 8 orang masak. Tempatnya memang bersih dan lengkap dengan pekakas dapur.

Some pictures…

Sesi memasak berjalan lancar dan menghiburkan. Alhamdulillah seronok dapat belajar buat sushi dan sebagainya… bagi saya yang suka makan sushi ni, rasa puas hati kerana tahu cara membuatnya.

Selesai dari kelas memasak, kami ronda-ronda bandar, beli teh hijau dan barang-barang lain untuk dibawa pulang..

Bercuti Di Nagoya, Jepun Part 6

Dari Takayama station kami ke Hida Furukawa. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. 

Hida Furukawa adalah sebuah bandar kecil di Pergunungan Gifu. Ia terletak kira-kira 15 kilometer utara Takayama. Bandar kecil ini masih mengekalkan ciri-ciri dan nilai-nilai tradisional. Tempat ini sebenarnya menarik juga tetapi masa kami sampai tu, hujanlah pula. Tapi kami teruskan juga perancangan kami untuk berbasikal di sini di bawah rintik-rintik hujan. Basah pun basahlah hehe.. Harga sewa basikal pun tak mahal sangat, dalam 350 yen untuk 2 jam. Boleh ambil peta di station keretapi untuk dijadikan rujukan.

Terdapat tempat-tempat menarik di sini untuk di lawati. Cumanya cuaca tidak menyebelahi kami. Walaubagaimanapun, pengalaman berbasikal dalam hujan bersama kawan-kawan adalah pengalaman yang menyeronokkan.   


Kami meluangkan masa di sini lebih kurang 3 jam….

Bercuti Di Nagoya, Jepun Part 4

Hari ke-3 kami ke Takayama.

Selepas solat subuh kami bersiap untuk ke Takayama. Van datang menjemput kami pada jam 7 pagi untuk di bawa ke station bas Nagoya. Perjalanan ke Takayama mengambil masa selama 3 jam dan kami tiba di sana lebih kurang pukul 11 pagi. Kami menginap di K’s Villa Hida-an selama 3 malam. Bagi pandangan saya, K’s Villa ini amat sesuai menginap bagi sebuah keluarga atau kumpulan 8-10 orang yang bercuti di sini. Terdapat pelbagai kemudahan tersedia seperti washing machine & dryer, perkakas lengkap dapur dan oven, WiFi percuma dll. Ia terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari station Takayama JR. Boleh google K’s Villa Takayama untuk mengetahui lebih lanjut.

Takayama adalah sebuah bandar yg terletak di daerah pergunungan Gifu. Di sini terdapat Sanmachi Suji, “old town” iaitu rumah-rumah kayu peniaga ‘zaman Edo.’ Bandar ini terkenal kerana adanya Festival Takayama yang dibuat dua kali setahun.

Memandangkan waktu check in adalah pada pukul 4 petang, maka kami pun letak bag di situ dan terus ke Station Bas Takayama JR untuk ke Shirakawa-Go. Perjalanan ke Shirakawa-Go mengambil masa selama 2 jam. Cuaca hari itu sejuk. Tak sangka masih ada salji walhal dah masuk musim bunga. Kelihatan salji meliputi sebahagian kawasan Shirakawa-go.
Shirakawa-Go didaftarkan sebagai warisan budaya dunia pada tahun 1995. Terdapat 114 buah rumah dengan atap jerami masih kekal yang menjadi daya tarikan para pelancong.

Pemandangan di sini sangat cantik, bersih dan unik sekali. Highly recommended to visit!
Kami banyak berjalan pada hari itu dan terasa penat. Walaupun begitu kami sangat gembira kerana dapat juga sampai ke Shirakawa-Go. Alhamdulillah…