Hari ke-3 kami ke Takayama.
Selepas solat subuh kami bersiap untuk ke Takayama. Van datang menjemput kami pada jam 7 pagi untuk di bawa ke station bas Nagoya. Perjalanan ke Takayama mengambil masa selama 3 jam dan kami tiba di sana lebih kurang pukul 11 pagi. Kami menginap di K’s Villa Hida-an selama 3 malam. Bagi pandangan saya, K’s Villa ini amat sesuai menginap bagi sebuah keluarga atau kumpulan 8-10 orang yang bercuti di sini. Terdapat pelbagai kemudahan tersedia seperti washing machine & dryer, perkakas lengkap dapur dan oven, WiFi percuma dll. Ia terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari station Takayama JR. Boleh google K’s Villa Takayama untuk mengetahui lebih lanjut.
Takayama adalah sebuah bandar yg terletak di daerah pergunungan Gifu. Di sini terdapat Sanmachi Suji, “old town” iaitu rumah-rumah kayu peniaga ‘zaman Edo.’ Bandar ini terkenal kerana adanya Festival Takayama yang dibuat dua kali setahun.
Memandangkan waktu check in adalah pada pukul 4 petang, maka kami pun letak bag di situ dan terus ke Station Bas Takayama JR untuk ke Shirakawa-Go. Perjalanan ke Shirakawa-Go mengambil masa selama 2 jam. Cuaca hari itu sejuk. Tak sangka masih ada salji walhal dah masuk musim bunga. Kelihatan salji meliputi sebahagian kawasan Shirakawa-go.
Shirakawa-Go didaftarkan sebagai warisan budaya dunia pada tahun 1995. Terdapat 114 buah rumah dengan atap jerami masih kekal yang menjadi daya tarikan para pelancong.
Pemandangan di sini sangat cantik, bersih dan unik sekali. Highly recommended to visit!
Kami banyak berjalan pada hari itu dan terasa penat. Walaupun begitu kami sangat gembira kerana dapat juga sampai ke Shirakawa-Go. Alhamdulillah…