DOA SAYYIDUL ISTIGHFAR

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.

image

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau-lah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.”

DOA UNTUK MENGELAK LUPA.

Dalam Tafsir Ibn Kathir, diriwayatkan oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di bawah.

image

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan dihina. Berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan kami, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.”

Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al Hakim, doa ini dibacakan oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu.

DOA SEPANJANG RAMADHAN

Menurut sebuah hadis riwayat Iman al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah, Aisyah r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w., jika mendapat Lailatul Qadar, apakah yang patut diminta. Nabi s.a.w. menjawab, “Bacalah oleh mu,

image
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni maka ampunilah aku.”

image
Makdudnya: “Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka.”