Rasa terharu.

Anak lelaki saya pulang dari kerja dengan sekotak doughnut. Dia  membuat saya sangat gembira, dia tahu mama nya suka makan doughnut. Tapi dia selalu suruh saya diet…

image

Tapi macam mana ni?

Motto untuk hari ini….

Diet always begin tomorrow!

Selamat pulang.

Masa berlalu begitu pantas. Alhamdulillah anak dan menantu selamat pulang dari mengerjakan Umrah. Mereka kelihatan begitu ceria dan bahagia. Semoga segala ibadah mereka diterima oleh Allah begitu jua setiap doa dimakbulkannya.

Rasa2 macam baru saja hantar anak menantu ke airport, hari ni mereka dah berada dirumah. Kadang2 terfikir jugak dari hari ke hari tup tup dah seminggu. Bagaikan tak percaya cepatnya masa beredar. Dulu2 kalau terjaga ditengah malam, rasa lama sungguh menunggu subuh, tapi kini pejam celik-pejam celik, tanpa disedari dan dirasai seolah2 masa berlari begitu laju hinggakan tak terasa menanti waktu subuh.

Begitulah putaran masa. Dunia semakin tua…..

Aktiviti riadah.

Dah lebih  seminggu saya tak naik bukit.  Tempat riadah saya dan kawan2. Biasanya jam 7.30pg saya dan best friend akan keluar rumah, kami akan jalan naik ke bukit Melawati yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Cuaca pagi sungguh nyaman dan suasana amat ceria. Kami rasa amat gembira bila bertemu kawan2. Bertegur sapa, bertanya khabar dan mendengar cerita. Ramai yang begitu serius menjaga kesihatan.

Biasanya kami berjalan selama sejam. Badan  akan rasa segar. Memang ternyata aktiviti ini menyeronokkan. Kadang2 suami turut serta, tapi dia lebih suka main golf.

Saya pernah menonton  dokumentari  mengenai  mereka2 yang menghidap penyakit kanser pada tahap serius.   Biasanya Doktor mengesahkan  tiada harapan untuk hidup lama, dengan semangat yang cekal, kemahuan untuk hidup, tanpa mengenal putus asa membuat mereka, hari2 mendaki bukit dan disamping itu juga mereka banyak mengambil sayur2an dan menjauhi makanan yang boleh membiak sel2 kanser ( seperti gula, daging, susu dll ) Akhirnya mereka disahkan oleh doktor sembuh dari kanser.

Aktiviti riadah seperti mendaki  bukit boleh meningkatkan tahap oksigen didalam badan, dan menurut kajian yang dijalankan ada berpendapat  oksigen boleh menghapuskan sel2 kanser.

Untuk memiliki tubuh yang sihat, kita kena aktif. Banyak penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol dll dapat dicegah kalau kita rajin bersenam, InsyaAllah.