Durian, buah kegemaran ku.

Semalam saya tiba2 rasa teringin sangat nak makan durian. Suami dan anak lelaki keluar ke pasar malam, beli 2 biji buah yang besar.

Kalau nak beli durian, mesti kena pastikan tidak ada tebuk kehitaman walaupun kecil…. yang dibeli semalam memang terdapat.. Suami saya enggan menerima tetapi penjual durian ni terlalu yakin yang buah duriannya elok. Oleh kerana tiada gerai lain menjual,  suami saya pun beli jugak lah. Dalam benaknya, durian ni tak mungkin elok..

Memang sah durian tak elok langsung. Biasanya kami biarkan je, tidak sampai hati nak tukar yang lain tapi kali ni tidak, sebab dah beritahu pada penjual durian tu yang buahnya tu dah rosak walaupun tebuk kehitaman kecil saja. Dia tetap berkeras juga, yang buah duriannya elok. Nah….terdiam dia. Dapat le tukar dua biji buah durian tu tapi satu tak elok jugak. Buat keputusan jadikan tempoyak. Hmm mahal jugak tempoyak ni.

image
( Nampak sungguh menarik durian ni.)

image
( Bakal menjadi tempoyak. Mak mertua pesan bila nak buat tempoyak kena masukkan sedikit garam.)

Tidak disangka2 teman baik saya telepon minta saya bukakan gate rumah. Masa tu saya baru lepas makan durian. Subhanallah, dia bagi buah durian. Mertua dia baru tiba dari kampung dan dia sememangnya tahu saya ni suka sangat makan durian. Buah durian mertuanya sangat bagus dan sedap pulak tu.

Alhamdulillah. Inilah dikatakan rezeki datang bergolek. Bila Allah tentukan kita sesuatu yang baik walaupun pada awalnya kita mendapat yang tidak, yang baik tetap milik kita jua…

Kami bertemu di HariJadi.

Saya dan suami serta anak2 akan berkumpul setiap kali pada Hari Jadi.Kami tidaklah meraikannya tetapi kami memilih tarikh2 itu untuk bertemu dan menjamu selera di tempat2 yang menarik, bersuka ria dan mendengar perkembangan semasa.
Tapi yang bestnya dapat juga hadiah setiap kali tiba Hari Jadi saya. Tahun ni saya dapat Samsung Galaxy note dari my only son!. Dari anak perempuan, Parfum Pure White Linen, Estee Lauder dan Buku “Biografi Agung Rasulullah s.a.w.”( Dah lama sangat rancang nak beli buku ni,Alhamdulillah dapat jua, rasa happy sangat kerana ingin mengenali kekasih Allah…)
Hadiah dari suami yang paling best…Semoga Allah murahkan rezekinya selalu.
Usia kita bertambah setiap tahun. Semakin hari semakin dekat kita pada penghujung hayat.Semoga kita diberi taufik dan hidayah oleh Allah dan mendapat husnulkhatimah,di akhir hidup ini.

image

image

image

Destinasi yang indah.

Kami tiba di KLIA jam 12 tengah hari. Ramai jemaah sedang berlegar2 disitu. Seperti biasa wajah para jemaah kelihatan ceria, begitu jua anak sulong saya serta suaminya. Senyuman sentiasa dibibir. Ini adalah kali kedua mereka akan menjejaki tanah suci Mekah. Mereka akan berada disana selama sebelas hari.

Enam belas tahun yang lalu saya dan suami membawa ketiga2 anak kami menunaikan umrah. Ketika itu anak sulong berusia 17 tahun. Mereka sungguh gembira, bersemangat dan rajin mengerjakan ibadat. Sebagai ibu, saya berasa sangat bersyukur kehadrat Illahi. Saya selalu bedoa kepada Allah swt. semoga anak2 menjadi hamba yang soleh, dikurniakan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
image

Tiada tempat yang paling indah, melainkan berada di Mekah dan Madinah…Ketenangan hati, kedamaian jiwa…..