Redha dengan takdir yang Maha Esa.

Minggu lepas saya di sapa seorang wanita ketika berada di pejabat pos. Kami berbicara. Dia memberi tahu yang dia mengidap penyakit cancer thyroid. Saya terkedu seketika. Wajahnya tenang. Katanya dia redha dengan ketentuan Allah. Baginya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, yang pasti dirinya semakin hari semakin rapat dengan Allah. Dia sentiasa berdoa dan amat berharap Allah makbulkan permintaannya. Hati menjadi sayu ketika mendengarnya. Dalam diam saya juga mengharapkan yang sama untuknya.

Buat kenalan ini ingin saya nyatakan, Saya amat kagum dengan diri mu yang begitu tabah mengharungi liku2 hidup yang mencabar.Katanya dia tidak akan putus asa dan akan selalu berusaha mencari penawar bagi penyakitnya…..dengan senyuman yang penuh bermakna.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Mampukah kita mencarinya..? Dalam pada itu doa adalah juga penawar yang amat mujarab.Teringat saya pada satu firman Allah yang bermaksud…”orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram” Surah AR RA’D ayat28

Semoga sejahtera selalu untuk kenalan saya ini.

sebuah perkahwinan

Semalam saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Terserlah kebahagiaan pada raut wajah kedua mempelai. Begitu jua ibu dan ayah serta sanak saudara. Senyuman tidak lekang di bibir mereka. Saya yakin di dalam diri pengantin tersemat harapan yang menggunung agar perkahwinan ini memberi kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

Mampukah mereka mengemudi hidup ini,menghadapi cabaran demi kebahagiaan sebuah perkahwinan.Bagi saya selagi ada kasih dan sayang, biar badai melanda pasti dapat di atasi.

Mengapa sesetengah orang bahagia dan ada pula yang derita? Siapakah yang perlu di persalahkan sekiranya sebuah perkahwinan itu gagal? Jangan salahkan takdir. Salahlah diri sendiri, kerana amanah yang di beri oleh Allah ini tidak dilaksanakan dengan sempurna. Saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan saya selalu memanjatkan doa ke hadrat illahi semoga anak2 saya sentiasa bahagia bersama pasangan mereka.

Kapal yang tidak dikemudikan dengan baik, boleh sesat ditengah lautan boleh juga karam didasar laut..
Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Tempuhilah jalan itu dgn penuh kesabaran……Demi sebuah perkhawinan.