Semalam saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Terserlah kebahagiaan pada raut wajah kedua mempelai. Begitu jua ibu dan ayah serta sanak saudara. Senyuman tidak lekang di bibir mereka. Saya yakin di dalam diri pengantin tersemat harapan yang menggunung agar perkahwinan ini memberi kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Mampukah mereka mengemudi hidup ini,menghadapi cabaran demi kebahagiaan sebuah perkahwinan.Bagi saya selagi ada kasih dan sayang, biar badai melanda pasti dapat di atasi.
Mengapa sesetengah orang bahagia dan ada pula yang derita? Siapakah yang perlu di persalahkan sekiranya sebuah perkahwinan itu gagal? Jangan salahkan takdir. Salahlah diri sendiri, kerana amanah yang di beri oleh Allah ini tidak dilaksanakan dengan sempurna. Saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan saya selalu memanjatkan doa ke hadrat illahi semoga anak2 saya sentiasa bahagia bersama pasangan mereka.
Kapal yang tidak dikemudikan dengan baik, boleh sesat ditengah lautan boleh juga karam didasar laut..
Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Tempuhilah jalan itu dgn penuh kesabaran……Demi sebuah perkhawinan.
Salam. Sebagai ibu, saya tidak mahu apa yg dilalui saya terjadi pd anak2. Kekadang tak tahu apa dosa kita sampai begitu jadinya. Doa pengubat jiwa
Assalamualaikum Aisha. Benar doa itu pengobat jiwa.Semoga Aisha sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu.