Onde-onde labu.

Baru baru ini saya beli kuih koci labu, frust le jugak sebabnya tak sedap. Saya dapati rasa inti kuih koci tu macam hampas kelapa dimasak dengan gula je..

Jadi semalam saya pun belilah labu, bersemangat nak buat sendiri kuih koci. Tiba-tiba sedar daun pisang tak adalah pulak, hmm… tukar plan. Buat onde-onde tapi rasanya macamlah juga kuih koci labu, hihihi..

 

 

 

image

 

Bahan doh:
1) 1/2 biji labu dikukus hingga masak.
2) Tepung pulut dan garam
Campur bahan 1 & 2 dan gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat

Inti:
1) 1/2 biji kelapa parut
2) gula merah (saya guna natural molasses sugar) dan sedikit garam.
Masak bahan 1& 2 diatas api yang sederhana sehingga sebati. Saya tak suka inti kering, jadi saya masak sekejap je

Sos:
1) 2 cawan santan, gula merah, tepung pulut dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

1) Panas air dalam periuk. Buat seperti kita masak kuih buah melaka. Bila dah masak onde-onde ni akan timbul, angkat dan masukkan kedalam mangkuk air
2) Untuk sosnya saya masak 2 cawan santan dengan gula merah dan masukkan sedikit tepung pulut untuk pekatkan sos. Oops kena masukkan sedikit garam, kalau tidak tak sedap. Akhir sekali masukkan onde-onde ini kedalam sosnya.

Anak-anak saya kata “sedaplah mama”.  😀

Selamat mencuba..

Sweet rice pudding

Petang semalam tiba-tiba saya rasa nak makan sweet rice puding. Resipi ini mengunakan beras pulut yang biasanya digunakan untuk membuat sushi. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan. 🙂

image

image

image

image

image

image

Panaskan air dalam periuk pengukus.

Bahan-Bahan:

1) 1/2 cawan beras pulut
2) 11/2 cawan air
3) 3 tbsp gula
4) Garam secukup rasa
5) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol
6) 2 biji pisang dipotong
7) segenggam kacang walnut di cincang kasar
8) 8 biji kurma merah dipotong kasar
9) 2 tbsp tepung pulut + 3 tbsp air, kacau hingga rata.

Caranya:
1) Masak beras pulut hingga mendidih dan kemudian kecilkan api. Bila dah 3/4 masak tutup api.
2) Masukkan gula, garam, santan dan kacau hingga rata
3) Masukkan pisang, kacang dan kurma merah dan gaul hingga rata
4) Akhir sekali masukkan air tepung pulut dan gaul hingga sebati
5) Masukkan adunan puding ke dalam mangkuk2 kecil dan kukus selama 15 ~ 20 minit.

Puding ini boleh dimakan begitu saja atau dengan sos custard.

Selamat mencuba resipi ini di tahun baru 😉

Potato Pancakes

Potato pancakes ini sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi.

image

image

image

image

Bahan-bahan:

2 biji ubi kentang diparut/sagat memanjang dan diperah buang airnya
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk kasar lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara:

1) Masukkan telur yang telah dipukul, kentang parut, daun bawang, lada hitam dan tepung gandum ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
2) Bentuk adunan menjadi bulat, leperkan dan terus goreng dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak sehingga masak.

Setelah masak boleh dimakan bersama sos cili atau sos tomato.
Anak-anak mungkin suka makan dengan hotdog

yummy 🙂