Spagetti Sesame

Tengah hari tadi masak spagetti sesame. Saya suka sebab resipi ni mudah dan berkhasiat. 😀
Saya masukkan marmite. Bagus kalau galakkan anak-anak makan marmite kerana ia mengandungi banyak vitamin dan sangat baik untuk tumbesaran mereka. Begitu juga dengan minyak sesame (bijan), banyak manfaat untuk kesihatan badan….

image

image

image

Bahan-bahan:
1) Semangkuk spagetti
2) Bawang putih dan cili padi dihiris nipis
3) Daging dihiris nipis
4) carrot, mushroom dan kobis
5) 1 tbsp marmite
6) 2 tbsp minyak sesame ( bijan)
7) lada sulah dan garam secukup rasa.

Tumis cili dan bawang putih dengan sedikit je minyak hingga kekuningan. Masukkan daging, dah masak baru masukkan sayur dan spagetti. Kacau bagi rata. Akhir sekali masuk marmite (cairkan marmite dengan sedikit air), minyak sesame, lada sulah dan garam secukup rasa..

Cuba le resipi yang simple ni, mungkin anak-anak suka… 😀

Lempeng Sayur.

Hari ni untuk makan tengah hari, my only son tak nak makan nasi. Jadi saya buatkan dia lempeng sayur. Resipi ni mudah saja. Hmm.. semua resipi dalam blog saya ni memang simple dan mudah je.. 😀 

Lempeng sayur sedap dimakan dengan sos cili. Cara nak buat lebih kurang macam kuih dadar.

image

image

image

image
Sedap dimakan ketika panas

Bahan-bahan :
1. Daun bawang
2. Kobis
3. carrot
4. Taugeh
5. Tepung gandum
6. Dua biji telur
7. butter
8. Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara :
Saya hiris sayur, terpulanglah banyak mana dan jenis sayur. Saya tuangkan air yang mendidih kedalam sayur. 2 minit kemudian saya masukkan tepung gandum, kacau sebati dan masukkan butter, bila butter dah cair baru campur pula telur. Kepekatan macam buat kuih dadar. Akhir sekali masuk garam dan lada sulah secukup rasa. Masak macam kuih dadar tapi jangan buat lempeng sayur besar sebab susah nak balik- balikan, nanti tak cantik… bagi garing sikit, sedap…

Semoga ada yang suka lempeng sayur ni.. 😀
selamat mencuba!

Sup herba ikan siakap

Semalam saya masak sup herba ikan siakap.

image
Saya suka beli herba yang telah dikeringkan dan stok di rumah sebab senang bila saya nak masak satu-satu resipi tu, bahan sentiasa ada.

image
Masakan ni mudah, cuma lama atas api..

image

Bahan-bahan:
1. 4 keping cendawan maitake
2. 1/2 cawan keladi cina
3. 2 (6″) batang burdock (gobo)
4. 3″ halia
5. 4 ulas bawang putih
6. 1 ekor ikan siakap
7. 3 tbsp minyak bijan
8. 6 cawan air
9. lada sulah dan garam secukup rasa

Cara memasak:
Masukkan semua bahan 1 ~ 5 ke dalam periuk dan tambah 6 cawan air, masak selama 1 jam 15 minit diatas api yang kecil. Tutup periuk, kemudian masukkan ikan. Bila dah masak baru masukkan minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa.

Sup herba banyak khasiat, baik untuk kesihatan badan. Cuba le… 🙂

Salah satu bahan yang digunakan iaitu keladi cina, boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam aliran darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus.

Untuk bacaan selanjutnya mengenai khasiat burdock boleh klik di sini

dan khasiat maitake disini