Tengah hari tadi masak spagetti sesame. Saya suka sebab resipi ni mudah dan berkhasiat. š
Saya masukkan marmite. Bagus kalau galakkan anak-anak makan marmite kerana ia mengandungi banyak vitamin dan sangat baik untuk tumbesaran mereka. Begitu juga dengan minyak sesame (bijan), banyak manfaat untuk kesihatan badan….
Bahan-bahan:
1) Semangkuk spagetti
2) Bawang putih dan cili padi dihiris nipis
3) Daging dihiris nipis
4) carrot, mushroom dan kobis
5) 1 tbsp marmite
6) 2 tbsp minyak sesame ( bijan)
7) lada sulah dan garam secukup rasa.
Tumis cili dan bawang putih dengan sedikit je minyak hingga kekuningan. Masukkan daging, dah masak baru masukkan sayur dan spagetti. Kacau bagi rata. Akhir sekali masuk marmite (cairkan marmite dengan sedikit air), minyak sesame, lada sulah dan garam secukup rasa..
Cuba le resipi yang simple ni, mungkin anak-anak suka… š
errmmmmm….yummmyyy3….cukuplah sekadar melihat pic je…hihihi
Memey, kena cuba ni … š
Kasih, thank u, nanti boleh cuba nih.
Semoga suka dengan masakan ni. š
Salam.akak nak bertanya.halal ke marmite tu? Penah dulu katanya x halal.lg pun tiada tanda halal dibotolnya..saya x penah beli.tp ada dpt free gift.was2 nak guna
Marmite, yeast extract; 100% vegetarian. Tak pernah dengar x halal. Nanti kak check semula. InsyaAllah.
Dah check marmite halal.
http://www.unilever.com.lk/our-brands/detail/Marmite/324484/