Assalamualaikum…

Hari ini saya kongsi menu kesukaan anak-anak – Nasi Lemak & Sambal Tumis Bawang! 😀

image

NASI LEMAK

image

Bahan-bahan:

1) 600g beras basmati, dibasuh bersih dan toskan
2) 1 kotak kecil santan kara
3) 1 sudu teh halba
4) 8 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 1 1/2 inci halia dimayang
6) Garam secukup rasa
7) Air secukup

Cara:

1) Masuk semua bahan ke dalam rice cooker, gaul rata dan masak seperti biasa

SAMBAL TUMIS BAWANG

image

1) 350g bawang merah dihiris nipis
2) 50g bawang putih dihiris nipis
3) 55 tangkai cili kering (cili kering ini tidak berapa pedas) dipotong, bersihkan dan buang biji. Rendam air panas selama 10 minit dan toskan. Kisar dengan 1 cawan air sehingga lumat
4) 50g gula melaka
5) 3 sudu teh serbuk pati ikan bilis maggie
6) 2 keping asam gelugur
7) Garam secukup rasa.
8) 1 1/2 cawan minyak (saya guna banyak minyak untuk masak sambal tumis)

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga kuning
2) Kemudian masukkan bahan 3~7 dan masak sehingga mendidih
3) Kecilkan api dan masak sehingga cili bertukar warna merah tua dan pekat. Padam api.
4) Bila sambal tumis dah suam, bolehlah senduk buang lebihan minyak.

Hidang nasi lemak dengan sambal tumis, telur rebus, hirisan timun dan daging goreng jika suka.

Selamat menjamu selera 🙂

5 thoughts on “Nasi Lemak & Sambal Tumis Bawang

  1. Salam Kasih,

    Ya Allah..sedap sungguh tgk nasi lemak tu! Dah lama I tak makan nasi lemak. Kena control makan sebab dah put on weight hihi. Oh by the way, salam kenal. I nampak you komen di Kak Gee nye post. 🙂

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih. Saya pun jarang masak nasi lemak, kalau masak tu kerana permintaan anak-anak, hehe..
      Honey, salam perkenalan jua. 🙂

Leave a comment