Jantung Lembu Kacang Panjang Goreng

Assalam semua.

Masakan simple goreng macam ini selalunya menjadi kegemaran keluarga saya. Tapi lauk ni kenalah pedas sedikit, baru ada kick!. Bagi saya pulak makan lauk ni je dengan nasi putih pun dah cukup buat saya makan nasi bertambah-tambah.. 😀

Bahan-bahan;

1/4 bahagian jantung lembu dihiris sederhana nipis
5 ulas bawang putih
5 cili padi atau terpulang pada citarasa pedas
5 batang kacang panjang
8 tangkai cili kering di hiris dan buang biji
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
Sedikit kicap
Garam secukup rasa
Minyak

Cara:

1. Tumbuk bawang putih, cili padi dan kacang panjang sehingga hancur
2. Panaskan secukup minyak. Masukkan bahan tumbuk, cili kering dan goreng sehingga sedikit garing
3. Masukkan jantung lembu dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, kicap dan garam secukup rasa
5. Goreng sehingga jantung lembu masak.

Udang Masak Kicap Kering

Assalam dan selamat malam pada anda semua.

Untuk dinner hari ini saya masak simple-simple je.. 😀

Bahan-bahan:

5 ekor udang besar
10 ulas bawang putih di ketuk
10 tangkai cili kering pedas dihiris dan buang biji
1/2 sudu teh serbuk kasar kada hitam
Kicap manis cap kipas
Kicap masin cap kipas
2/3 cawan minyak.

Cara:

1. Buang urat hitam udang, basuh dan toskan
2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga separa masak. Angkat
3. Guna minyak udang dan tumis bawang putih sehingga perang.
4. Masukkan cili kering dan goreng sehingga cili kelihatan garing
5. Masukkan kicap manis dan masin secukup rasa.
6. Taburkan serbuk kasar lada hitam dan kacau rata.
7. Masukkan udang. Masak sehingga kuah hampir kering. Kacau selalu supaya kicap tidak hangit.

Saya tidak masukkan garam kerana masin dari kicap sudah mencukupi.

Ayam Jintan Bercili

Assalamualaikum..
Resipi hari ini adalah Ayam Jintan Bercili.

Selamat mencuba! 😀

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung, potong ikut suka dan dibuang kulit. Cuci & toskan
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 labu besar bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
15 tangkai cili kering, dibuang biji. Rendam air panas selama 5 minit
8 batang serai diketuk
6 tangkai daun kari di raut.
3 sudu besar sos cili Lingam
1 sudu besar kicap
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Gaulkan sedikit garam dan serbuk jintan manis pada ayam. Perap selama 2 jam
2. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
3. Panaskan minyak, Goreng bawang besar sehingga perang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng ayam sehingga masak tapi jangan garing. Angkat dan toskan
4. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan minyak. Masukkan serai dan goreng sehingga kuning. Kemudian masukkan daun kari dan goreng sehingga hampir garing.
5. Kecilkan api dan masukkan  bahan kisar dan masak sehingga terbit minyak dan cili kelihatan sedikit gelap. 
6. Masukkan sos cili, kicap, gula dan garam secukup rasa
7. Masukkan ayam dan bawang goreng. Kacau sekejap di atas api.