Brokoli organik dan Osteoarthritis

Baru-baru ini saya ada terbaca di sebuah forum mengenai kebaikan sayur brokoli organik. Ia dikatakan boleh menyembuh sakit yang teruk di bahagian belakang badan, bahu serta lengan dan lutut!
Dengan mengambil satu kelopak kecil brokoli organik mentah setiap hari (1 small organic broccoli head per day-raw) dan selepas 3 hari dan ada yang kata selepas sebulan, sakit itu hilang.
Mungkin sukar untuk dipercayai tapi kalau dah tak tahan sakit rasanya tidak rugi kalau dicuba. Betul tak?

image

Menurut Penyelidik dari United Kingdom, mereka percaya bahawa, makan banyak brokoli boleh melambatkan dan juga menghalang penyakit osteoarthritis. Ia adalah kerana kandungan sebatian sulforaphane dikatakan dapat melindungi sendi. Hasil dari kajian makmal menunjukkan, sulforaphane melambatkan kemusnahan tulang rawan dalam sendi yang dikaitkan dengan osteoarthritis yang menyakitkan. Sulforaphane juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti radang. Para penyelidik mendapati sulforaphane menghalang enzim yang menyebabkan keradangan.

Osteoarthritis adalah penyakit sendi yang disebabkan oleh kerosakan tulang rawan dan tulang di dalam sendi. Ia sering dikesan pada tangan, kaki, tulang belakang, pinggul dan lutut. Tanda-tanda utama adalah kesakitan dan ketegangan.
Kajian pada haiwan tikus menunjukkan kompaun sulforaphane melambatkan kemusnahan rawan dalam sendi.

Bagi mereka yang mengalami kesakitan pada sendi bolehlah cuba makan brokoli mentah. Mana tahu, ia mungkin boleh memberi kelegaan pada anda, insyaAllah.

Ayam Jintan Bakar

Resipi hari ini…

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung dipotong kecil, dibuang kulit dan bersihkan
2) 6 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3) 1/2~3/4 sudu teh serbuk jintan putih
4) Sedikit serbuk lada sulah
5) 1 batang daikon/lobak putih dipotong kiub
6) Kicap lemak masin dan sedikit garam

Caranya:

1) Gaul semua bahan dan perap selama 30 minit.
2) Panaskan oven 190°C
3) Letak semua bahan yang diperap diatas dulang non stick. Resipi ini tidak menggunakan minyak
4) Semasa membakar sekali sekala balik-balikan ayam.
5) Bakar selama 40~45 minit (bergantung pada oven) atau sehingga ayam kelihatan hampir garing.

Menyelerakan bila dihidang dengan sambal.

Jom makan! 🙂