Salam Jumaat

As-salamu alaykum wa rahmatullah

Doa Nabi Yunus adalah salah satu doa yang sungguh mustajab dibacakan ketika berada dalam keadaan kesusahan dan kedukaan.

image

Maksudnya:
“Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Surah al-Anbiyaa’ (21): ayat 87

Spaghetti Udang Mentega

Menu untuk sarapan.

image

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk spaghetti yang telah direbus
2) 50 g mentega.
3) 8~10 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
4) 12~15 ekor udang, dibuang kulit dan dibersihkan. Kalau suka hiris kecil-kecil boleh je.
5) 6 cendawan portobello dihiris sederhana nipis
6) Serbuk lada putih, 1 sudu makan minyak zaitun dan garam.

Caranya:
1) Sebelum panaskan kuali masukkan mentega dan bawang putih. Kemudian baru nyalakan api. Masak diatas api sederhana supaya mentega tidak menjadi hitam.
2) Sebelum bawang kekuningan masukkan garam secukup rasa dan goreng sehingga bawang putih menjadi garing
3) Masukkan cendawan dan kacau sehingga masak dan kemudian baru masukkan udang.
4) Akhir sekali masukkan spaghetti, minyak zaitun dan serbuk lada putih dan kacau sehingga masak dan sebati.

Sebelum makan sedap kalau ditaburkan serbuk kasar cili kering/chilli flakes.

Ok, jom makan 🙂

Pegaga Masak Tempoyak

As salamu alaykum wa rahmatullah

Selera kasih hari ini, pegaga masak tempoyak. 🙂

Pegaga yang saya gunakan untuk masak hidangan ini bukanlah yang sering dimakan sebagai ulam atau yang jenis tebal dan berkilat. Ia adalah jenis yang biasanya orang kisar atau pun dijuskan untuk minum. Daunnya kelihatan sama seperti yang dibuat ulam cuma bezanya ia besar dan batangnya panjang hampir 1 kaki. Rasanya pun kurang pahit. Bagi saya, daun pegaga jenis ini memang sedap dimakan kalau dimasak. Sebenarnya saya jarang temui pegaga jenis ini, terlupalah pula nak rakamkan gambar hehe.. Anyway, jom tengok resipi.

image

Bahan-bahan:
1) 2 ikat ulam pegaga/1 mangkuk besar pegaga
2) Cili padi & serbuk kunyit ditumbuk
3) 2 batang serai diketuk
4) 2 tbsp penuh tempoyak
5) 6 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 1/3 cawan air
7) Segenggam ikan bilis
8) 1/2 cawan santan pekat segar/ santan kotak kara.

Caranya:
1) Pegaga dibersihkan. Batang keras dihiris buang
2) Masukkan bahan 1~7 ke dalam periuk dan masak diatas api yang kecil sehingga daun pegaga lembut dan kuah pekat. Kena kacau selalu.
3) Akhir sekali masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.

Dah siap, mudah je kan? 🙂