As salamu alaykum wa rahmatullah

Selera kasih hari ini, pegaga masak tempoyak. šŸ™‚

Pegaga yang saya gunakan untuk masak hidangan ini bukanlah yang sering dimakan sebagai ulam atau yang jenis tebal dan berkilat. Ia adalah jenis yang biasanya orang kisar atau pun dijuskan untuk minum. Daunnya kelihatan sama seperti yang dibuat ulam cuma bezanya ia besar dan batangnya panjang hampir 1 kaki. Rasanya pun kurang pahit. Bagi saya, daun pegaga jenis ini memang sedap dimakan kalau dimasak. Sebenarnya saya jarang temui pegaga jenis ini, terlupalah pula nak rakamkan gambar hehe.. Anyway, jom tengok resipi.

image

Bahan-bahan:
1) 2 ikat ulam pegaga/1 mangkuk besar pegaga
2) Cili padi & serbuk kunyit ditumbuk
3) 2 batang serai diketuk
4) 2 tbsp penuh tempoyak
5) 6 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 1/3 cawan air
7) Segenggam ikan bilis
8) 1/2 cawan santan pekat segar/ santan kotak kara.

Caranya:
1) Pegaga dibersihkan. Batang keras dihiris buang
2) Masukkan bahan 1~7 ke dalam periuk dan masak diatas api yang kecil sehingga daun pegaga lembut dan kuah pekat. Kena kacau selalu.
3) Akhir sekali masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.

Dah siap, mudah je kan? šŸ™‚

Advertisements

4 thoughts on “Pegaga Masak Tempoyak

  1. Wah nice dishes aunty =)
    Tempoyak pegaga. erm.. seem like very healthy.
    Pegaga ni kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi kan.. hehe
    boleh juga ubat untk kencing manis n darah tinggi. (tahu la cket-II)
    Ap kata aubty cuba masakan N9 pula,masaklemakciliapi letak pegaga dan udang. =)

    1. Terima Kasih Najat Nabila. Betul tu pegaga mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan badan dan diiktiraf oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dikalangan kanak-kanak serta dikatakan membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
      Tidak dinafikan masak lemak N9 memang sedap..pegaga dgn udang mmm…memang menyelerakan, kalau bercadang nak kuruskan badan tak boleh buat masak lemak tu, hehe…

    1. Bila Lindabalqis sebut ni pegaga gajah, baru saya teringat…betul tu ni pegaga gajah. Memang sedap bila d buat kerabu sebab pegaga ni kurang pahit. Ramai juga suka buat jus dengan pegaga gajah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s