Hi everyone,
Have a great weekend! 🙂
Buah-buahan dan sayuran merah mengandungi beberapa antioksidan seperti lycopene dan anthocyanin. Sebatian-sebatian ini dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung dan sistem imun pada tubuh badan. Penyelidik telah mendapati Rhubarb mengandungi bahan kimia polifenol yang boleh membantu memusnahkan sel-sel kanser. Ia juga kaya lutein, sebatian yang memberi banyak manfaat pada kesihatan kulit dan mata. Disamping itu ia juga mengandungi anthraquinones yang mempunyai sifat julap semulajadi.
Rhubarb dikatakan membantu metabolisma lemak. Ia digunakan untuk merawat buasir, darah beku, sembelit dan kolesterol tinggi.
Namun begitu rhubarb juga mengandungi oxalates yang boleh meningkatkan risiko batu karang.
Elak mengambil rhubarb jika menghidap gout dan batu karang. Begitu juga semasa mengandung, menyusu dan sewaktu haid.
Rhubarb biasanya dimakan masak. Walaubagaimanapun ia boleh juga dimakan mentah. Sedap dibuat sos dan jem.
Ruj:
The Desktop Guide to Herbal Medicine.
Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices
Dll.
Hidangan malam.. 🙂
Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk daging batang pinang dihiris nipis dan kecil
2) 5 pokok cendawan eryngii dihiris bulat
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan
dicincang
4) 2~3 tangkai daun kari
5) 6 tangkai cili kering dihiris
6) Kicap pekat masin
7) Lada hitam dan garam
Caranya:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan
2) Masukkan cendawan dan tutup kuali sekejap sehingga cendawan lembut
3) Masukkan cili api, daun kari, daging dan kicap dan masak sehingga hampir kering
4) Akhir sekali serbuk kasar lada hitam.
5) Jika perlu garam masukkan secukup rasa.