Sayur Lemak Mengkudu

Pagi tadi saya petik pucuk dan daun muda mengkudu yang saya tanam ditepi rumah. Dah lama sangat tak buat masak lemak daun ini. Sedap juga bila masak dengan jeruk belimbing.

image

image

image

Saya rebus daun mengkudu dan kemudian bilas dan perah daun beberapa kali untuk buangkan pahitnya.
Untuk masak lemak daun mengkudu kali ini saya masukkan serai dan jeruk belimbing buluh selain dari sedikit ikan masin kurau.
Seperti biasa tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit. Panaskan air secukupnya dan masuk bahan yang ditumbuk, serai yang dititik dan ikan masin. Bila ikan masin dah masak baru masukkan daun mengkudu dan jeruk belimbing. Akhir sekali barulah masukkan santan. Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih sekejap saja baru padam api.

Berselera betul makan tengah hari tadi. 🙂

Jom baca tentang khasiat daun mengkudu yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Pokok Puding

Terdapat banyak jenis pokok puding yang mempunyai pelbagai bentuk daun dan warna. Biasanya pokok ini dijadikan tanaman hiasan kerana daunnya cantik berwarna warni.
Cara menanam pokok puding dan penjagaannya tidaklah susah tetapi ia memerlukan dedahan cahaya matahari yang banyak. Pokok puding ditanam dengan mengunakan keratan dahan ataupun ranting.

Siapa sangka tumbuhan ini boleh dimakan. Biasanya daun muda berwarna kuning dimasak kerana rasanya manis tapi pedas bila dah matang. Manakala daun merah tua pula rasanya pedas dan ada berpendapat daun ini tidak makan. Kalau di Negeri Sembilan ada setengah jenis daun puding sering dimasukkan dalam masakan rendang ayam.

Air akar pokok puding berdaun hijau dan merah diminum untuk melawas buang air besar dan merawat kejang perut. Manakala air rebusan daun hijau pula diminum dan disapu pada badan untuk merawat demam panas.

image

image

image

Air dari daun puding dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat perancang keluarga. Oleh itu puding tidak elok dimakan oleh wanita yang ingin hamil atau yang sedang hamil.

Ruj:
Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat makanan dan ubatan.