Menu Hujung Minggu

Hidangan sihat hari ini.

Jeruk bawang & Jeruk sawi kerinting
image

Bubur nasi & Jeruk
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 pot beras & air secukupnya
2) 1/2 ~ 3/4 tsp halba
3) 2″ halia dimayang nipis
4) 2 batang halia diketuk
5) 6 ketul ayam kampung
6) 1 batang carrot dihiris
7) 3 pokok daun bawang dipotong 1″
8) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Cara:
1) Masuk beras dan air secukupnya ke dalam rice cooker dan masak sehingga nasi hampir menjadi bubur
2) Masukkan ayam, halia, halba dan serai. Bila dah masak, menjadi bubur baru masukkan carrot dan daun bawang, lada hitam dan garam.
3) Jeruk cili padi, bawang merah dan sawi kerinting (diperah buang air) dihiris nipis. Gaul rata.

Hidangan jeruk ini menambahkan rasa sedap pada bubur nasi. Kalau nak makan dengan kimchi pun sedap jugak! 🙂

Cara buat jeruk cili & jeruk sawi kerinting

Salam Jumaat

Allah s.w.t. berfirman:

image

Maksudnya:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Surah Ali Imran (3) ayat 185

Salad Jeruk Peria.

Salad Jeruk Peria yang berkhasiat, mudah dan simple tapi bagi saya begitu sedap.. ♥ it!

image

image

Bahan-bahan:

1) 3 biji jeruk cili dihiris
2) 2 keping jeruk peria katak dihiris
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
4) Kicap
5) Serbuk kasar lada hitam

Gaul semua bahan dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Ok, selamat mencuba.

Cara buat jeruk cili dan jeruk peria katak

Untuk buat jeruk peria katak: Peria dibelah dua dan biji dibuang.