Khasiat Akar Som

Pokok Akar Som yang juga dikenali sebagai Ginseng Jawa mudah tumbuh dan cepat membiak. Saya beli sepokok kecil, beberapa bulan yang lepas, kini dah merimbun. Saya tanam pokok ini di tepi kolam ikan sebagai tanaman hiasan. Daunnya yang lebar dengan bunga warna pink, membuat laman kolam ikan saya, nampak cantik lah sikit. πŸ™‚

Pokok herba akar som mempunyai khasiat perubatan. Hampir semua bahagian pokok herba ini boleh dimakan. Akar som diguna sebagai aphrodisiac untuk meningkatkan kecergasan badan. Ia juga digunakan bagi merawat masalah hati dan masalah buah pinggang, buasir, cirit birit, haid yang tidak teratur dan keputihan. Ia juga diambil untuk mengeluarkan peluh. Herba akar som boleh meningkat aliran susu badan bagi ibu yang menyusu.

Daun akar som boleh dimakan mentah sebagai ulam atau salad. Ia juga boleh digoreng dan dimasak sup. Untuk dinner semalam, salah satu menu yang dihidangkan ialah ‘Som Jawa Udang Kukus’.

Pengambilan akar som yang berlebihan boleh menyebabkan rasa mual, muntah dan sesak nafas.

POKOK AKAR SOM.
image
Pokok akar som lebih mudah menyerap logam berat daripada tanah. Oleh itu perlu pastikan tanah yang digunakan tidak tercemar dengan logam berat.

SOM JAWA UDANG KUKUS.
image

Bahan-bahan:
1) 1/2 mangkuk kecil akar som yang telah dikukus. Jangan kukus lama.
2) 1/2 mangkuk kecil daun bawang segar yang dihiris
3) 8 ekor udang besar dikukus sekejap dan dihiris
4) Jus 3/4 biji lemon
5) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
6) 3 biji cili padi merah dihiris nipis
7) 1 tbsp minyak bijan
8) Sedikit serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Caranya:
1) Selepas daun dikukus sekejap saja, segera siramkan dengan air sejuk dan toskan supaya daun tidak menjadi lembik. Jangan perah daun ini walaupun sedikit sebab lendir akan keluar.
2) Dalam mangkuk satukan bahan 4~8, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan daun akar som, daun bawang dan udang. Gaul sehingga rata.

Daun akar som ini agak berlendir, jadi saya suka masukkan banyak jus lemon supaya terasa lebih masam.

Ok, selamat mencuba.


●It is not expensive to be well and healthy
.

●Manfaat akar som

Buah Setoi

Lama sungguh saya tak makan buah setoi, walaupun baru-baru ini saya ternampak ada dijual di supermarket Siam Paragon, Bangkok. Bila dah tak suka dan tak teringin nak makan, jadi tak belilah. πŸ™‚

Apa yang menarik dengan buah ini ialah saiznya. Inilah kali pertama, saya tengok buah setoi yang besar dari biasa. Baja apa agaknya yang digunakan, ya?

Saya ingat masa zaman budak dulu, buah ini banyak dijual di Kedah dan Perlis. Sekarang tak pernah nampak pun atau mungkin sebab saya tak pernah cari. Masa mak saya muda dulu, dia suka sangat makan setoi, cicah dengan kicap atau sambal belacan. Ada juga setengah orang suka buat masak lemak campur dengan udang kering atau dengan daging. Kata orang yang pernah makan masak lemak buah setoi, rasa masam buah ini berkurangan apabila dimasak. Mungkin satu hari nanti saya kena cuba.

BUAH SETOI
image

Seingat saya, belum pernah saya rasa buah setoi yang manis. Tapi ada ke yang manis?

Bangkok: Chao Phraya & Long Tail Boat

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sempat kami singgah di Central Pier. Asalnya cadang nak naik boat atau river cruise agar dapat melihat Bangkok dengan perspektif yang berbeza. Walaubagaimana pun orang ramai, terpaksa beratur dan kami pun kesuntukan masa. Jadi saya cuma ambil gambar je lah.

Long tail boat adalah satu pengangkutan air yang digunakan di sungai Chao Phraya, Bangkok. Ia juga digunakan seperti teksi air.

Di sepanjang sungai terdapat hotel yang ternama yang menyediakan free river shuttle dari hotel ke hotel lain, ke kompleks membeli belah dan tempat tarikan pelancong.

DI CENTRAL PIER
image
PEMANDANGAN DARI CENTRAL PIER
image

image
PEMANDANGAN DI SEPANJANG SUNGAI CHAO PHRAYA
image

image

image

Dengan adanya Sungai Chao Phraya mengalir di tengah Kota Bangkok, banyak tarikan utama bandar disepanjang sungai mudah diakses dengan pengangkutan feri dan long tail boat.

CHAO PHRAYA & LONG TAIL BOAT….Bagaikan Aur Dengan Tebing!