Radicchio

Semasa saya berada di Korea selama 10 hari, hampir setiap hari saya makan radicchio. Walaupun berbagai jenis salad dihidang tapi radicchio juga pilihan saya.. Bukanlah sedap sangatpun… πŸ™‚ rasanya yang sedikit pahit tapi ia kaya dengan antioksidan dan serat. Radicchio juga mengandungi bahan yang dipanggil inulin yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Susah juga nak jumpa radicchio sebab kebanyakkan supermarket tak jual. Saya beli radicchio ini dipasaraya dekat Bangsar Village. Saya dapati bila ia dibuat salad campur dengan bahan-bahan lain, sedaplah juga dan Β bila saya masak dengan cili jeruk jadi lagilah sedap, hehe…

Jom lah cuba resipi radicchio & cili jeruk.

image
SALAD RADICCHIO
image

RADICCHIO & CILI JERUK, my daughter’s favourite!
image

Bahan:
1) 8 biji cili jeruk dihiris :
2) 4-5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) Ikan masin kurau dihiris kecil, kuantiti terpulang pada anda
4) Radicchio dihiris, kuantiti terpulang pada anda.

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan ikan masin hingga kekuningan.
2) Masukkan cili jeruk potong dan kacau rata.
3) Dah masak, akhir sekali baru masukkan radicchio dan kacau rata.

Okay, have a try. πŸ™‚

Doa Ketika Ditimpa Kesusahan & Penyakit

Kami riwayatkan di dalam sahih al- Bukhari dan sahih Muslim dari Ibnu Abas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ketika ditimpa kesusahan mengucapkan:

image

Ertinya:
“Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah pemilik Arsy yang agung. Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah pencipta langit, pencipta bumi, pemilik Arsy yang mulia.”

Dalam riwayat Muslim disebutkan:
image

Ertinya:
“Apabila Nabi s.a.w. ditimpa kesusahan, baginda mengucapkan doa itu.”

Ketumbar Jawa

Pokok ketumbar jawa ini saya beli pada 3 bulan lepas. Tak sangka pula pokok ini hidup, sebabnya beberapa hari selepas saya pindahkan ia ke dalam pasu, pokok ini jadi kering, kekuningan dan macam dah tak nak hidup lagi, hehehe…
Alhamdulillah, sekarang nampaknya pokok ketumbar jawa saya ini, hidup dengan segar bugar sekali. πŸ˜‰

Pokok ketumbar jawa boleh ditanam dengan biji atau keratan batang. Walaupun ia lebih dikenali sebagai herba masakan yang digunakan sebagai pengganti ketumbar, ketumbar jawa juga digunakan untuk tujuan perubatan. Namun begitu ia tidak sesuai digunakan sebagai ubat bagi wanita yang hamil atau yang ingin hamil.

Seluruh bahagian pokok ini digunakan untuk merangsang dan melawaskan haid, merangsang peluh, merawat demam panas, sakit perut, mengeluarkan angin dari perut dan usus dan menurun tekanan darah tinggi.

image

image

Daun muda ketumbar jawa berbau seperti daun ketumbar biasa dan ia boleh dibuat ulam atau pun di masukkan ke dalam masakan bagi menambah perisa…

Ruj:
Ong Hean Chooi
Rempah-ratus
Khasiat makanan & Ubatan