Assalamualaikum.
Hari ini saya kongsi masakan kegemaran saya, dalca sayur π
Saya rasa ramai yang suka dengan masakan dalca. Biasanya kita makan dalca daging atau dalca ayam bersama nasi minyak, nasi tomato dan pelbagai jenis nasi lagi.
Tapi dalca sayur ini sedap bila makan dengan nasi putih. Lebih-lebih lagi bila saya gandingkan dengan sambal cili dan daging goreng kunyit. Sudah pasti ini akan meningkat selera makan saya hehe..
Jom tengok resipi.
Bahan-bahan:
2 sudu besar rempah kari ikan jenama Adabi dibancuh dengan sedikit air, kacau rata
1/3 cawan minyak
8 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu teh rempah halba campur
1 kiub ikan bilis maggie
50g kacang dal direndam selama 2 jam
4 batang kacang panjang dipotong
2 biji kentang dibuang kulit, belah dua dan potong saiz sederhana besar
1 batang lobak merah, buang kulit dan belah dua. Potong saiz sederhana
1 terung panjang saiz kecil dibelah dua dan hiris saiz sederhana
100g kobis bunga. Dipotong saiz sederhana
1 biji buah tomato. Dibelah dua dan hiris nipis
Cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning.
2) Masukkan halba campur dan goreng sekejap.
3) Masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan merah tua
4) Masukkan pati ikan bilis. Kacau rata.
5) Masukkan kacang dal dan 1 1/2 cawan air. Masak sehingga kacang dal lembut.
6) Masukkan ubi kentang.
7) Apabila ubi kentang kelihatan hampir lembut masukkan lobak merah, terung dan bunga kobis.
8) Bila kuah hampir pekat, masukkan kacang panjang, buah tomato dan garam secukup rasa. Kacau rata.
9) Reneh sehingga kuah pekat.
puan, tumpang tanya…agak2 berapa lama masa memasak dalca sayur ini
Fiza, masak dalca sayur ni tidaklah begitu lama kerana kacang dal di rendam terlebih dahulu….maaf, tidak ingat berapa lama masa di ambil untuk masak dalca sayur ni π
Cubalah, mungkin Fiza akan suka π