A memorable trip to Korea – 2

Perjalanan dari Pulau Nami ke Mount Seorak (Seoraksan) National Park mengambil masa kira-kira 1 jam.

Mount Seorak memiliki keindahan semulajadi dan merupakan tempat yang paling popular dikalangan pelancong. Namun begitu kami tidak dapat menikmati keindahan tempat ini sepenuhnya kerana faktor cuaca yang mendung, sejuk dan hujan rintik-rintik.
Walaupun begitu sempat juga kami menaiki kereta kabel dan merakam gambar pemandangan di puncak gunung. Kelihatan sebahagian kawasan dilitupi kabus..

PEMANDANGAN SEKITAR MOUNT SEORAK
image

image

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PELANCONG MALAYSIA
image

DI DALAM KERETA KABEL
image

image

image

image

HANWHA RESORT SEORAK

image

image

Kami bermalam di Hanwha Resort Seorak Sorano yang terletak di Mount Seorak..
Esoknya kami bertolak ke Seoul..

A memorable trip to Korea – 1

Dedicated to my friends – Noraini, Sabrina, Fadzilah, Zaidah & Mahani – for making this trip an unforgettable one 😀

Beberapa bulan yang lepas saya dan kawan rapat telah merancang percutian untuk ke Seoul, Korea. Kami memilih tarikh awal April kerana ingin melihat kecantikan bunga sakura yang dijangka muncul menghiasi sekitar bandar Seoul pada ketika itu.

Kami berlepas dengan pesawat MAS pada 4/4/2015 jam 11.30 malam. Penerbangan mengambil masa selama 6 jam 35 minit dan kami tiba di Incheon aiport sekitar jam 6.05 pagi.
Apabila tiba di airport kami terus menaiki bas untuk ke Pulau Nami. Walaupun cuaca mendung dan sejuk, kami begitu gembira kerana ini lah kali pertama kami dapat bercuti keluar negara bersama.

Sepanjang perjalanan selama 2 jam, kami dapat menikmati pemandangan landskap Korea namun hampanya kami tidak nampak pun bunga sakura. Hati terdetik ketika itu, mungkinkah musimnya belum tiba? Walaupun begitu kami tetap menaruh harapan tinggi agar dapat bertemu sakura.

Setiba di Pulau Nami, hujan rintik-rintik… kami tetap ceria!
Our holiday has begun..

DI KLIA
image

DI INCHEON AIRPORT, SEOUL
image
FERI KE PULAU NAMI
image

DI NAMI ISLAND
image

image
image

image

image

image

Indahnya Pulau Nami. Teringat pula pada drama Korea, “Winter Sonata”.
Destinasi seterusnya ialah ke Mount Sorak National Park…

Ayam Goreng Bunga Kantan Sos Tiram

Assalamualaikum

Hari ini saya kongsi satu resipi baru…

Jom cuba

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung dipotong 10 ketul, buang kulit ayam dan gaul garam kunyit
2) 3 kuntum bunga kantan dihiris nipis
3) 3 batang serai dihiris nipis
4) 12 tangkai cili kering dihiris, biji dibuang
5) 5 ulas bawang putih diketuk
6) 1 1/2 sudu besar sos tiram
7) Minyak

Cara:

1) Panaskan minyak secukupnya
2) Masukkan semua ayam dan goreng sehingga hampir kekuningan
3) Masukkan bunga kantan, serai, bawang putih dan cili kering dan goreng sehingga ayam sedikit garing
4) Akhir sekali masukkan sos tiram. Kacau sehingga sebati
5) Kemudian toskan semua bahan yang digoreng.