Assalamualaikum
Menu untuk makan petang hari ini ialah betik muda goreng.
Caranya sangat mudah. Cuma gaul garam dan kunyit kemudian goreng di atas api yang sederhana. Hasilnya..seperti dalam gambar di atas 🙂
Selamat mencuba..
Assalamualaikum..
Hari ini tiba-tiba rasa nak jadi kreatif sikit. Saya goreng pisang lemak manis muda dengan kulitnya sekali.
Boleh tahan juga sedapnya dan sesuai untuk makan petang..
Jom cuba!
Cara:
1) 15 biji pisang muda Lemak Manis, disiat kulit iaitu buang lapisan kilat
dan cuci bersih.
2) Setiap pisang ditoreh dan gaul dengan garam. Perapkan sekejap
3) Panaskan minyak dan goreng di atas api sederhana sehingga masak.
Sedap makan panas-panas 🙂
Assalamualaikum
Resipi hari ini ialah Daging Goreng Jintan Manis…
Bahan-bahan:
1) 400g daging lembut/batang pinang
2) 1 sudu besar (tblsp) serbuk jintan manis
3) 10 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) Cili padi terpulang pada citarasa pedas
5) Garam secukup rasa
Cara:
1) Daging dihiris nipis dan lebar
2) Gaul daging bersama serbuk jintan manis dan garam. Perap selama 1 jam
3) Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging sehingga air kering
4) Masukkan bawang putih dan cili padi dan goreng sehingga bawang putih menjadi perang
5) Tuang daging ke dalam tapis dan toskan