Untuk makan malam tadi, saya goreng ikan jenahak dengan lengkuas muda. Bagi saya lengkuas muda bila digoreng sedap juga dimakan bersama nasi. Cubalah! Mana tahu masakan ini menepati citarasa anda! 😀

image

Bahan-bahan:

2 keping ikan jenahak
Serbuk kunyit
2 labu bawang besar di hiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
Cili padi (terpulang pada citarasa)di tumbuk
4 inci lengkuas muda dihiris panjang dan kasar
3 batang serai dipotong tiga setiap satu
6 helai daun limau purut di buang urat
Sedikit serbuk kasar lada hitam
1 sudu besar mentega
Garam
Minyak

Cara:

1) Ikan jenahak dilumur garam dan kunyit.
Goreng ikan sehingga garing dan toskan
2) Panaskan minyak. Goreng bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga bawang putih kuning
3) Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai. Masak sehingga terbit bau dan tuang ke dalam tapis dan toskan
4) Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan bahan yg telah digoreng, lada hitam, garam dan mentega. Gaul rata.
5) Masukkan ikan dan kacau sehingga rata dan goreng sekejap

Advertisements

4 thoughts on “Jenahak Lengkuas Muda

  1. Sebut pasal lengkuas muda ni mengingatkan saya satu resepi emak saya masa kecik-kecik dulu… sambal lengkuas! Tapi tak pernah saya cuba…. nanti nak contact mak nak tanya… he he heee . Tengok resepi ikan jenahak dengan lengkuas muda tu tentu sedap rasanya kan, makan dengan nasi putih panas!

    1. Bila Amie sebut sambal lengkuas, saya dapat bayangkan mesti sedap sambal ni! 🙂
      sedap masakan jenahak lengkuas muda ini almaklumlah tu citarasa saya hehehe…

  2. lengkuas, halia, lada hitam, serai, halba dll.. sangat baik untuk kesihatan badan terutama bagi wanita yang baru bersalin..
    Bagus kalau kita sering masukkan bahan2 ini dalam masakan, kan mamamunie?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s