Dendeng Goreng

Assalamualaikum

Selera Kasih hari ini ialah Daging Dendeng Goreng

Hmm.. sedapnya meratah lauk ini!
image

Bahan-bahan:
1) 400g daging lembut/batang pinang dipotong sederhana besar dan nipis
2) 300g bawang merah dihiris nipis
3) 2 cawan minyak
4) 1cm halia dimayang
5) 2 sudu besar kicap
6) 1 sudu besar gula melaka
7) 20 tangkai cili kering & 1 cawan air
8) 4 ulas bawang putih
9) 30g asam jawa & 1 cawan air

Cara:

1) Panaskan 2 cawan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah dan halia sehingga kekuningan. Toskan
2) Tumbuk bawang goreng dan halia sehingga hancur
3) Goreng daging sehingga masak dan toskan
4) Tumbuk daging dengan lesung perlahan-lahan sehingga leper.
5) Masukkan daging, bawang yang ditumbuk dan kicap ke dalam bekas dan gaul sehingga sebati. Perap selama 30 minit
6) Cili kering dihiris, buang biji dan rendam dengan air panas selama 5 minit
7) Kisar cili kering, bawang putih dengan 1 cawan air sehingga lumat
8) Panaskan 5 sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar. Masak cili sehingga terbit minyak
9) Kemudian masukkan daging yang diperap dan goreng selama 5 minit
10) Masukkan air asam jawa dan gula melaka. Kacau rata dan masak sehingga mendidih
11) Kecilkan api dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Selain dihidang bersama nasi, daging dendeng goreng sedap juga dimakan dengan roti.

Nasi Rempah Ketumbar

Assalamualaikum

Hari ini saya kongsi resipi Nasi Rempah Ketumbar yang cukup mudah untuk disediakan. Ia sesuai dihidang dengan pelbagai jenis masakan lauk pauk ayam atau pun daging.

Bagi saya, suka nasi ini digandingkan bersama lauk ayam serai pedas dengan pajeri nenas, sedap!

Jom lihat resipi..

image

image

Bahan-bahan:

1) 300g beras basmati (4/5 orang makan)
2) Air secukupnya/sukatan air bergantung pada beras. Sukatan sama seperti masak nasi biasa
3) 2 sudu besar penuh ghee/minyak sapi
4) 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
5) 4cm kulit kayu manis
6) 2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih
7) 1/4 sudu teh serbuk kasar cili kering
8) Garam secukup rasa

Cara:

1) Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi letrik. Kacau rata dan masak seperti biasa
2) Bila sudah masak, segera gemburkan nasi supaya berlerai. Sebelum dihidang taburkan sedikit bawang goreng.

Resipi pajeri nenas dan ayam serai pedas, boleh klik dilink bawah:

Pajeri Nenas

Ayam Serai Pedas

Kuzi Ayam

Assalamualaikum

Today’s special..
Kuzi Ayam

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam sederhana besar. Buang kulit dan ayam potong 10
2) 500g bawang merah dihiris nipis dan goreng sehingga perang. Toskan
3) 2 cawan air
4) 20g kismis
5) 2 sudu besar penuh ghee/minyak sapi
6) 3 sudu makan sos tomato
7) 1 biji tomato dihiris kiub
8) 1 1/2 cawan susu cair + jus 1/2 biji lemon

Bahan tumis:

1) 1/2 cawan air
2) 1 sudu besar serbuk ketumbar
3) 1 sudu teh serbuk jintan manis
4) 1 sudu teh serbuk jintan putih
5) 1 sudu teh serbuk lada putih
6) 1/4 sudu teh serbuk buah pala
7) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
8) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
9) 25g halia dimayang
10) 25g lengkuas dibelah dua dan diketuk
11) 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih, 5cm kulit kayu manis dan 3 biji buah pelaga

Cara:
1) Satukan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, serbuk lada putih dan serbuk buah pala ke dalam mangkuk. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau rata
2) Panaskan ghee ke dalam kuali dan tumis halia dan bawang putih sehingga perang
3) Masukkan lengkuas, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Goreng sehingga terbit bau
4) Masukkan campuran rempah dan masak sehingga terbit minyak
5) Masukkan 2 cawan air, sos tomato, buah tomato, kismis, ayam dan susu yang telah dicampurkan dengan jus lemon. Masak sehingga mendidih
6) Kecilkan api, masukkan bawang goreng dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah hampir pekat

Yummy!